The Owner

My photo
For Those Who Hate Me: I Was Born To Express Not To Impress!

Friday, July 1, 2011

aku bizi

juz back from SK Golong, Beluran & SK Mapan-mapan, Pitas..sangat letih even dah biasa travel jauh2 tanpa tidur dalam kereta..apa yg hanya mampu aku buat adalah menyanyi sepanjang jalan with no tempo and no pitching..bila dah terasa semput, aku stop & sedut dadah inhaler pastu sambung nyanyi balik..hahaha..what a beautiful journey.. :) and now, i'm ready to bed..caitt!! macam la ada katil kt opis telupid ni..tilam nipis ada laa...kuakuakua.. :p nanite!!

Wednesday, June 29, 2011

yang namanya itu lelaki.. (part 2)

Seorang GADIS duduk termenung. Sudah ramai LELAKI dikenali tapi susah betul untuk difahami perangai kaum adam ni. Apabila dilayan dengan baik, lelaki kata si gadis jatuh cinta padanya. Syok sendiri. Tapi kalau dilayan ala kadar, LELAKI tuduh SI GADIS sombong, bongkak, hidung tinggi. Apabila dia bergaya anggun, lelaki tuduh si gadis cuba menggoda. Tapi jika berpakaian ala kadar, diejek kampung. Tidak faham betul si gadis dengan perangai lelaki. Kalau berselisih faham, mereka tuduh si gadis degil. Tapi kalau si gadis berdiam diri, lelaki kata dia BODOH! Kalau dia cerdik daripada lelaki sikit pun susah, mereka malu. Tapi kalau mereka lebih cerdik, lelaki dengan bongkaknya berkata, “tengok! Aku lebih Hebat daripada kau!”


LELAKI… MAKHLUK SPESIES APAKAH MEREKA INI??


Apabila si gadis tidak mencintai lelaki, makhluk itu cuba memujuk rayu. Tapi bila si gadis dah betul-betul jatuh cinta, si lelaki pula meninggalkannya. Kalau tidak turutkan kehendak nafsunya, si gadis dituduh tidak cinta sesungguh hati. Tapi bila diserahkan tubuh badan, lelaki kata si gadis PEREMPUAN MURAHAN!!

Si gadis sedih bila diceritakan masalahnya, lelaki kata, ”tak habis-habis menyusahkan orang!! Masalah aku pun banyak,” tapi bila tidak diceritakan masalah diri, lelaki tuduh si gadis tidak percayakan dirinya.

Andai si gadis naik angin, dengan sesedap mulut sahaja si lelaki kata dia suka membebel macam mak nenek. Tapi bila si gadis protes sebab selalu dimarah, lelaki jawab, ”itu tandanya saya prihatin terhadap awak” POOOOOORAHH!!!. Kadang-kadang teringin juga dia mencapai sebatang rokok. Tapi belum sempat dihisap, lelaki pun berkata, ”Hisaplah.....PEREMPUAN JAHAT!!!!.” tapi bila ditanya kenapa awak hisap rokok? Si lelaki jawab, ”macam nilah baru dinamakan lelaki..” POORAHH!

Andai si gadis mengecilkan hati lelaki, makhluk Tuhan itu menuduhnya kasar. Tapi bila si lelaki berkasar dan si gadis menangis kerana terluka hatinya, makhluk itu dengan sesedap mulutnya berkata, ”Awak ni terlalu sensitiflah, bosan saya!”

Si gadis menggeleng kepala. Ah, susah betul hendak memahami lelaki. Kalau diceritakan keluhannya kepada lelaki, pasti mereka tidak mengaku. Tapi kalau dipendamkan saja, lelaki akan menuduhnya pentingkan diri sendiri pula!

LELAKI...SPESIES APAKAH MEREKA INI??????



Monday, June 27, 2011

yang namanya itu lelaki.. (part 1)

LELAKI sungguh LEMAH..
mereka boleh melakukan apa sahaja dan tidak akan sedar kehendak hati mereka..
kitalah sebagai PEREMPUAN yang mampu menyedarkan mereka mengenai perasaan di dalam hati..

'Tetapi pertalian hati hanya akan wujud sekiranya kita meluahkan isi hati kita'..

Kadang- kadang apabila kita luahkan isi hati kita, hati kita boleh terluka..
Tanpa meluahkannya pun, belum tentu kita akan gembira..




Friday, June 10, 2011

8 Jun 2011

dear bloggy..actually banyak benda yg nak aku ceritakan di sini tapi aku masih mengumpul kekuatan untuk menghadapi kenyataan yg aku sendiri kurang pasti..ya Allah..Kau berilah kekuatan hati kepada hambaMu ini ya Allah.. :'(

Sunday, May 15, 2011

Dear God..

a lonely road, crossed another cold state line
miles away from those i love, purpose hard to find
while i recall all the words u spoke to me
can't help but wish that i was there
back where i'd love to be

dear God the only thing i ask of u
is to hold him when i'm not around, when i'm much too far away
we all need the person who can be true to u
but i left him when i found him
and now i wish i'd stayed
coz i'm lonely, i'm tired,
i'm missing u again oh noo..
once again..

there's nothing here for me on this barren road
there's no one here where the city sleeps
and all the shops are closed
can't help but think all the times i've had with u
pictures and some memories will have to help me through..

some search, never finding a way
before long, they waste away
i found u, something told me to stay
i gave in, to selfish way
and how i miss someone to hold,
when hope begins to fade..

UPSET..

I CAN'T STAND IT ANYMORE..SERIOUSLY.... :'(

Thursday, May 12, 2011

habih takdak keja

aku sangat bosan ok..bosan sangat aku ok..hee..time2 camni la aku suka snap pic sendiri..haha kalau orang kedah kata, syok sendiri..huahuahua.. dulu time anak2 menakan aku kecik2, aku suka membeliakkan bijik mata aku yg besaq ni kt depa..kalau hat umoq sebaya tu tak takut tapi hat kecik2 takut..aku pun heran awat yg depa takut sangat..malam ni aku try beliakkan mata depan lappy & snap pic dengan rambut ala2 cinderella time kena cuci lantai..hahahaha..





hahahaha patut la depa takut..aku tengok sendiri pun takut..tapi aku takleh lari sebab mata ni dok kt aku... :p besaq rupanya mata aku ni.. :)




ok dah kecikkan mata..kalau macam ni tak nampak takut kalau tengok..nampak cute kan?? hahahahahha...