hye all..back from site at 11pm..fuhh..sangat letih ok..balik terus masak, memandangkan hanya ada 1 dapur yg kecik ja tu, makanya masa yg diambil utk aku masak sangat lah lama..sejam baru boleh makan..nak cakap pasal bosan memang bosan nak tunggu siap masak..menu malam ni hanyalah ikan tabung goreng & sardin..ikan tabung?? aku pun 1st time dengaq..hahaha..sardin tu aku tak boleh makan tp aku tolong masakkan utk depa..baik kan aku? :) niat di hati nak siapkan keja b4 p site lagi esok tapi mata yg besar lagi cantik ini sudah semakin kecik dan sangat sangap akan bantal..jadi mahu tidak mahu aku kena tidur, lagian pula esok aku nak p site lagi di pagi hari.. (konon la pagi, pagi bagi depa pukoi 2 petang)..hahahahaha..nite!! ;)
The Owner
Friday, April 22, 2011
Thursday, April 21, 2011
Margaret Marcus vs Maryam Jameelah
Pernah suatu ketika dahulu aku bertanyakan kepada ayahku tentang nama yg beliau berikan kepadaku..apa maksud MARIAM JAMEELAH ayah? kat mana ayah dapat nama ni? ayah aku hanya tersenyum seraya berkata nama asal dia Margaret Marcus lantas mengeluarkan sebuah buku berwarna hijau. ya, sebuah buku hasil tulisan Maryam Jameelah..aku kagum sebab nama aku tercatat di muka depan buku tersebut..aku amati isi kandungan buku itu dan mencari2 siapa dia Maryam Jameelah..ingin sekali melihat wajahnya. Namun sedikit kecewa kerana hanya terdapat gambarnya yg berpurdah dan hanya mata yg kelihatan..

inilah wanita itu.. Maryam Jameelah
Dengan secara tidak sengaja malam ni aku terjumpa article mengenai dia..dah tu pulak ada lagi picture yg tak pakai purdah..sangat cantik ok even
dia dah berumur 77 tahun..kagum!! :)

Siapa itu Maryam Jameelah ?
Nama sebelum pindah ke Islam adalah Margaret Marcus lahir dari sebuah keluarga Yahudi di New Rochelle, NY, USA pada tahun 1934. Dia dibesarkan di lingkungan sekuler, tetapi pada usia sembilan belas, saat menjadi seorang mahasiswa di New York University, ia lebih mengembangkan minat dalam agama.
Dia memeluk agama Islam di New York pada 1961, dan mulai menulis untuk surat khabar Muslim Digest Durban, Afrika Selatan. artikel-nya menguraikan pandangan murni dari Islam dan berusaha untuk mendirikan kebenaran agama melalui perdebatan kritis

“ISLAM menjawab dan menjelaskan segala-galanya. Dalam Islam saya temui kebenaran, kebaikan dan kecantikan yang bukan sahaja membawa dan memandu seseorang itu tentang kehidupan di dunia malah kehidupan selepas kematian.
“Malah jika ada yang bertanyakan bagaimana saya mengetahuinya? Saya hanya mampu menjawab, pengalaman peribadi cukup menyakinkan saya.
Pegangan teguh saya kepada akidah Islam datang secara tenang tetapi penuh keyakinan.
“Pengislaman saya adalah begitu formaliti, langsung tidak melibatkan perubahan radikal dalaman.” Begitulah jawapan Maryam Jameelah atau sebelum ini Margaret (Peggy) Marcus, seorang Yahudi Amerika yang memeluk Islam pada 1961 tentang impak agama Islam terhadap kehidupannya.
Menurut Maryam lagi, minatnya terhadap Islam bermula seawal usianya 10 tahun sewaktu mengikuti reformasi Yahudi Sunday School.
Pada waktu itu, beliau tertarik dengan sejarah hubungan di antara bangsa Yahudi dengan bangsa Arab. Menerusi buku teks Yahudi, dia difahamkan bahawa Nabi Ibrahim ialah ayahanda kepada semua bangsa Arab dan juga bangsa Yahudi.
Beliau terbaca beberapa abad kemudian semasa Zaman Pertengahan Eropah,
penindasan Kristian menyebabkan orang Yahudi teruk terseksa dan kehadiran mereka diterima umat Islam di Sepanyol.
Kebaikan hati yang ditunjukkan ini bakal merangsang budaya Ibrani (Hebrew) terus cemerlang tanpa langsung mengesyaki sifat semulajadi Zionis.
“Saya terlalu naif dan percaya bahawa bangsa Yahudi akan kembali ke Palestin untuk memperteguhkan hubungan persaudaraan dengan saudara sesama Arab.
“Tarikan kuat dengan pembelajaran sejarah bangsa Yahudi membuatkan saya tidak gembira di Sunday School,” katanya.
“Kakak saya sangat benci ke Sunday School sehingga setiap pagi ibu terpaksa bangunkannya dari katil dan dia tidak akan berganjak selepas dibebel dengan kata-kata pedas dan air mata. Akhirnya ibu, terima hakikat penolakan kakak.
Sementara itu, pada sambutan perayaan keagamaan Yahudi, kami (kakak dan saya) bukannya ke Synagogue atau melaksanakan puasa pada Tum Kipper tetapi kami dibawa keluar dari sekolah untuk pergi berkelah dan berpesta di restoran terbaik.
Apabila kami berjaya membuktikan kepada ibu bapa betapa teruknya keadaan kami di Sunday School, mereka menyertai pula sebuah organisasi agnostik dan kemanusiaan yang dikenali Ethical Cultural Movement,” cerita Maryam yang menghadiri kelas baru itu sehingga tamat pengajian iaitu pada usia 15 tahun.
Katanya lagi, apabila semakin dewasa dan matang, beliau tidak boleh menerima dan memperoleh kepuasan menerusi fahaman ateis.
Lalu Maryam mula mencari pembaharuan kepada identiti diri. Dalam tempoh itu, beliau pernah menyertai kumpulan bahai di New York yang dikenali The caravan of East and West diketuai lelaki Parsi bernama Mirza Ahmed Sohrab.
Beliau tertarik dengan Bahai kerana ia berasaskan Islam dan ceramahnya tentang Tuhan Yang Satu. Pun begitu, apabila beliau mengetahui kegagalannya untuk mengaplikasikan idea tersebut, Maryam meninggalkannya setelah setahun penyertaan.
Pada usia 18 tahun, Maryam menyertai pergerakan pemuda Zionis yang dikenali sebagai Mizrachi Hatzair tetapi apabila mengetahui kebenaran di sebalik Zionis, sekali lagi dia dikecewakan.
Semasa usianya mencecah 20 tahun, Maryam belajar di Universiti New York dan salah satu subjek elektif yang diambilnya ialah Judaism in Islam.
Malangnya profesor yang juga Ketua Jabatan Pengajian Hebrew, Rabbi Abraham Issac Katsh memesongkan para pelajarnya dengan mengatakan Islam berasal daripada agama Yahudi.
Tambah memburukkan, profesornya menyalahgunakan al-Quran demi membuktikan kepada pelajarnya bahawa agama Yahudi adalah agama teragung. Apabila semua tembelang yang dibawa oleh agama Yahudi terbongkar, Maryam tidak sanggup lagi mengakui dan menerima agama Yahudi.
Semenjak itu, beliau mula membuat perbandingan agama Yahudi dengan agama Islam.
Dalam kajiannya terhadap Old Testament dan kitab Taurat serta perbandingan dengan al-Quran dan hadis. Apa yang Maryam temui, agama Yahudi telah rosak sedikit dan akhirnya beliau mengucap syahadah.
Sebenarnya, keinginan bergelar Muslim wujud sejak tahun 1954 namun keluarganya dapat menghalang menerusi perbincangan terbuka.
Beliau ditakutkan dengan mengatakan bahawa Islam akan menyukarkan kehidupannya kerana ia tidak seperti agama Yahudi dan Kristian.
“Saya diberitahu bahawa Islam akan merenggangkan hubungan kami sekeluarga dan menyisihkan saya daripada masyarakat.
Pada masa itu, keimanan saya tidak begitu teguh untuk menghadapi tekanan sehebat itu. Situasi ini menyebabkan saya jatuh sakit.
“Dua tahun (1957-1959) saya berehat di rumah dan mendapat rawatan tetapi keadaan saya semakin teruk.
“Melihat keadaan kemurungan itu, ibu bapa menghantar saya ke hospital awam. Saya bersumpah sekiranya saya sembuh dan dibenarkan keluar, saya akan memeluk Islam.
“Apabila saya dibenarkan pulang, saya menyiasat mana-mana peluang untuk bertemu dengan orang Islam di Bandar Raya New York. Saya banyak menghabiskan masa di Perpustakaan Awam New York membaca bahan-bahan berkaitan Islam,” jelasnya yang banyak menghasilkan buku-buku berkaitan agama Islam selepas memeluk Islam.
Alhamdulillah, beliau berpeluang bertemu dengan beberapa lelaki dan perempuan Islam pada ketika itu.
Malah Maryam mula menulis rencana kepada majalah beraliran Islam dan berutus dengan ketua-ketua Islam seluruh dunia.
“Saya pernah berutus dengan Allahyarham Sheikh Abrahimi, ketua ulama di Algeria, Dr. Muhammad El-Bahay di Al-Azhar, Dr. Mahmud F. Hoballah dan Pengarah Pusat Islam di Washington D.C., Dr. Hameedullah di Paris, Dr. Said Ramadan, Pengarah Pusat Islam Geneva dan Maulana Sayyid Abul Ala Maudoodi,” katanya lagi.
Menurut Maryam, sangkaan pertamanya bila membaca al-Quran, Islam adalah satu-satunya agama kebenaran, benar-benar jujur, ikhlas, tidak membenarkan kompromi murahan atau hipokrasi.
Maulana Maudoodi pernah menulis kepada Maryam dalam suratnya yang pertama pada Januari 1961 berbunyi: “Semasa saya menilai esei anda, saya dapat rasakan seperti saya membaca idea saya sendiri.
“Saya berharap perasaan anda tidak akan berubah sekiranya anda berpeluang mempelajari bahasa Urdu dan pelajari buku-buku saya.
“Walaupun kita tidak pernah berkenalan, namun kesepakatan pemikiran dan simpati yang wujud adalah hasil daripada sumber yang sama iaitu Islam,” katanya.
Menjawab soalan tentang sikap dan reaksi ahli keluarga dan teman-teman selepas bergelar Muslim, kata Maryam, keluarga, saudara mara dan kawan-kawan menanggap beliau seorang yang fanatik kerana percakapan dan pemikirannya adalah tentang agama Allah sahaja.
Bagi mereka soal agama adalah sesuatu yang peribadi. Namun selepas membaca al-Quran, saya mengetahui bahawa Islam bukanlah sekadar hobi tetapi ia adalah soal kehidupan.
* Sumber: The Islamic Bulletin, San Francisco, California, Amerika Syarikat.

Saturday, March 26, 2011
once again
awak buat saya menangis lagi.. kenapa awak?
awak dah tak suka dengar suara saya ke..suara yg dulunya awak suka dengar.. :'(
awak dah tak suka dengar suara saya ke..suara yg dulunya awak suka dengar.. :'(
saya rindukan awak.. :'(
Friday, March 25, 2011
Guitar Bass
Dengan secara tidak sengaja saya telah jatuh hati dengan singer Ka-Ching..kamu sangat cantik wahai Shania Twain..suka kamu dalam video clip 'Forever And For Always..sangat jelita kamu di situ.. :)
cantiknya body awak..macam bentuk guitar bass kan? :)
**bila saya nak dapat body macam ni? lalalalalala~
**bila saya nak dapat body macam ni? lalalalalala~
cerita cinta saya
Bermulanya cerita cinta saya pada tahun 2000..ketika itu, saya hanyalah seorang pelajar sekolah menengah yang berumur 13 tahun..tidak pernah merasa apa itu cinta (yala dah nama pun budak2 lagi)..pada hari pertama sekolah lagi hati saya yg kecik ini sudah terpikat dengan seorang boy yg pada ketika itu dialah paling hensem di kalangan student2 laki yg lain..tapi keterpikatan hati ni hanya dipendamkan sahaja kerana terfikir siapalah diri ini, dah la montel.. :) wahh time tu dah jadi peng'secret admire' kepada boy itu..saya juz bagitau besfren saya iaitu ASFARINA yg saya telah tersuka kat boy tersebut..jadi, diam2 ja la..suka2 sahaja..sehinggalah pada suatu hari di bulan Jun 2000..
Year 2000
starting dengan teguran 'HAI' ketika saya melangkah masuk ke kawasan sekolah. Awk nak tahu, even saya sangat terkejut time 2, tapi dalam hati saya sangatlah seronok..esoknya, awk mintak biodata saya melalui posmen karat yg 1 bas dengan awk..wahh sangat teruja awk tahu tak? dah la saya secret admire awk. sungguh tak sangka awk pun ada menaruh hati kat saya..sangat terharu & terasa ingin melompat2 seperti bermain getah zero point.. :) pada ketika itu, rumah saya terletak berhadapan skolah je awk..sangat dekat sehinggakan saya boleh skodeng awk hari2, tengok time awk datang skolah kul brapa. Time tu awk sangat nerd & saya suka tengok wajah itu. Dah la hensem, kurus tinggi pulak. Hari2 tepat jam 12 tgh hari saya akan usha depan rumah tgk awk turun dari bas skolah yg awk naik. pastu saya terus terhegeh2 siap & nak cepat2 p skolah. Time tu awk akan tunggu depan kantin & memberikan senyuman kpd saya. setiap kali turun solat zohor, awk akan tunggu saya di kelas bawah sambil menanggalkan kasut skolah awk. Baiknya awk, tunggu saya turun pastu baru la awak p amik wudhu'. awk buat macam tu semata2 sbb nak tengok wajah & senyuman saya..bahagianya time tu awk. Time balik skolah pula, awk akan tunggu di Kedai Pak Cha utk tengok saya lagi. saya terus berjalan kaki pulang ke rumah dan menukar pakaian, & saya akan melepak di buaian depan rumah tunggu bas awk datang. best sangat awk. awk melambai2 tangan awk kt saya ketika mana bas itu bergerak pulang. Ada ketika awk akan memberi surat kepada saya & meletakkan di tembok tempat saya ulang alik pegi skolah (sebab dah hilang pecaya dkt posmen karat) & saya akan membalas surat awk dengan sepanjang2 cerita..esoknya perkara yg sama berulang sehinggalah hujung tahun persekolahan sesi 2000. (walaupun berulang hari2, saya sangat seronok awak). Tahun pertama couple tak pernah bergaduh.. :)
Year 2001

Ok tahun ni saya terpaksa tinggal di hostel memandangkan family saya dah berpindah ke KL. Jadi, saya dah tak boleh skodeng awk hari2 mcm tahun lepas.. :( tahun ni juga saya telah dinaikkan pangkat dari ketua kelas ke pengawas skolah..wahh awk bangga tak girlfie awk seorang pengawas? :) di asrama pula saya dijadikan exco disiplin bagi student Form 2.. jadi komitmen saya sangat berat. awk selalu ingin berjumpa dengan saya ketika mana saya ingin pulang ke SP pada setiap dua minggu di Terminal Shahab Perdana tetapi seringkali ditolak oleh saya. Maafkan saya awk, saya tak bermaksud nak sakitkan hati awk tapi jawatan yg saya pegang membataskan semua2 tu. Perilaku saya sering diperhatikan oleh pengawas2 senior. Ada kala, kita tetap ber'dating' kan?? :) sangat seronok awk. Time tu terasa yg awk lah jodoh saya..wahh kecik2 dah pandai fikir jodoh..hahaha.. For the 1st time saya terima picture dari awk. Pic awk berkepala agak botak ala2 skinhead (famous time tu), blue jeans & tshirt warna yg sama, duduk di atas batu yg sangat besar. even picture tu tak jelas tp saya sgt seronok kerana sayalah satu2nya student pompuan Form 2 yg ada pic boyfie (jejaka idaman gadis form 2 plk tu).. :) Tahun ni kita tak pernah bergaduh lagi kan awk?
Year 2002

We're facing the PMR..ouh pelajaran saya merosot awk. Start dari tahun lepas yg saya sakit berbulan2 tak p skolah. Mungkin jugak sebab terlalu asyik bercinta dgn awk..tapi tak mengapa, asalkan awk ada bersama saya.. ;) tahun ni pun happy sebab kita tak pernah lagi bergaduh, masih berinteraksi dengan panggilan nama 'Alir & Amin'..
Year 2003
After PMR, saya telah dipindahkan sekolah di KL. Sedihnya hanya Tuhan yg tahu awk. Sedih nak tinggalkan awk, tapi kita tetap bercinta seperti biasa. Saling berutus surat & setiap kali ada surat dari awk, awk mesti selitkan sekeping picture awk..bestnya awk! hensem!! :) tapii...tahun ni kita start gaduh kan awk? itupun secara tak sengaja awk marah saya lepas saya balik dari skolah sebab saya sms awk gurau2 dengan sms picture badak & awk fikirkan itu picture babi..ish takkan laaaaa saya nak samakan awk dengan makhluk itu..salah faham je ok? saya mintak maaf.. :) tahun ni la kita start jumpa diam2, tapi time hari raya sahaja sebab saya balik beraya di kedah..dah bertukar panggilan, saya panggil awk SAYANG & bahasakan diri sy Alir..awk pun sama jugak.. :)
Year 2004
Sedar tak sedar kita dah Form 5 awk. Awk menjadi seorang teruna yg hensem bergaya manakala saya pula seorang dara yg baru blajar nak bergaya..hahahaha..tahun ni tak banyak story sangat awk sebab saya rasa kita tak gaduh sangat time ni..haaa...tahun ni la saya bagi hadiah birthday kat awk hasil duit kutu saya. Main kutu semata2 nak beli hadiah besday awk. dengan mendapat rm70 kalau tak salah, saya ingat lagi awk, dengan berpakaian skolah, saya dengan anak sedara saya, 'Afifah tunggu bas depan skolah nak p stesen L.R.T pastu nak p Jaya Jusco sebab nak beli hadiah awk. Time tu saya beli puppet yg pakai baju bomba kaler merah kuning kan?? comel sgt hadiah tu awk, dengan pembalut corak bunga matahari yg ada mata & mulut..pastu wishing card yg saya masih ingat lagi harganya, RM21.. :) tapi puppet tu hilang kan awk? sebab dibawa arus banjir..sedih tp apa boleh buat. Dah dekat SPM, saya photostate contoh2 soalan & pos kat awk dengan harapan kita sambung study sama2 nanti bila dapat result gempak..hahaha gempak la sgt.. :) Ok lepas SPM terus tukar panggil ABANG ok.. ;)
Year 2005
Awk datang KL time ni sebab awk dapat panggilan interview di Perodua. Kita dating kat Mydin pudu kan? sungguh tak standard punya tempat..haha..maklum la time tu saya jarang melepak di KL so taktau sgt tempat best. Tambahan pula bas awk ke Kedah jam 5 ptg hari tu jugak. Dapat la jumpa & lepaskan rindu walaupun hanya seketika cuma.. :) syukur awk..saya dapat masuk poly. awk pun tumpang happy jgk kan? tp awk dah taknak study time ni. Sedih saya tau awk..mcm sia2 ja saya bagi soalan2 tu.. :( tp takpa..mungkin awk ada alasan tersendiri kan.. :) bermula lah kehidupan saya sebagai seorang student..tahun ni kita start gaduh teruk2 kan awk? tp takla teruk sgt, cukup utk buat saya menangis sebelum tido tu kira teruk la kan? hahaha..ouh sgt benci bila poly yg saya dapat ni tiada line maxis di sana..terpaksa bertukar kepada celcom..
Year 2006
Semester kedua saya di poly..saya dah ada dua handphone, makanya saya boleh on dua2 number & boleh contact awk bila2 masa saya, tambahan pula tahun ni maxis pacak tiang coverage depan poly..haha..tahun ni juga saya beli number celcom kt awk..0133138064..cantik kan? :) baru saya ingat, tahun ni la 1st time awk minta putus dengan saya. Awk salah faham dengan saya..sedih tau awk.. :( time ni, tempoh kita tak jumpa dah 1 tahun 3 bulan..sedih kan awk? :'( tp hubungan kita berjaya diselamatkan oleh ayah, mak, kak uni & kak su..tak jadi putus..lalalalalala..
Year 2007
Start gaduh..huhhh...sebab? saya dah semakin bz dengan student life saya. Yala, dah semester 5 ni bz sgt lah awk..ngan proposal projek lagi.. :( mana taknya, rutin saya bermula jam 6 pagi sammmmpaiiiiii tengah malam, time tido tak menentu..tp time ni awk nak saya SMS awk lepas dari jam 12 malam..saya letih awk tp saya tetap sms kan?? itula masalahnya bila saya tertido time sms, awk marah.. :( start dari sini la kita renggang kan awk? awk lebih enjoy dengan kawan2 awk..pernah skali saya call awk, time tu awk dgn kawan2 awk. Saya tanya awk, 'B call ni mengganggu tak?' awk jawab 'ermmm tak la ganggu sangat tp call malam2 skikt boleh? lepas jam 12 malam b call abg'.. awk nak tahu, saya terasa time tu, sedih..letak phone terus nangis.. saya letih nak tunggu awk sampai lewat malam. Kadang2 jam 1 pagi baru awk reply sms saya kan awk? tp saya tetap menjadi penunggu yg setia..sebab saya sayang awk sangat2.. :'(
Year 2008
Last year kat poly. Sangat happy ok? hubungan dgn awk sama sahaja mcm last year cuma tahun ni saya habis study. Bulan 10 konvo..hubungan kita tetap macam biasa..gaduh2 itu perkara biasa bagi kita kan? biasa la long distance couple kann..awk pula kuat cemburu..tp takpa, itu tandanya awk sayangggggg sgt kat saya, kan awk? :) Alhamdulillah rezeki saya selepas tamat study, saya bekerja di Hong Leong Assurance sebagai General Clerk selama 6 bulan..sangat happy pegang duit sendiri walaupun gaji ciput..dalam fikiran time ni, nak beli mcm2 kat awk.. :) tahun ni awk mintak putus buat kali kedua..tp saya berjaya selamatkan, kan awk? :)
Year 2009
Macam biasa lagi kita bercinta. Saya dapat kerja di Hitachi Electronics sebagai Technician..Syukur sgt awk. tp kita gaduh2 lagi kan awk? start tahun ni la kita selalu gaduh besar..oleh sebab peristiwa pahit yg terjadi kt saya tahun ni & ada kena mengena dgn awk, saya bawak diri ke sabah ni awk..saya sanggup tinggalkan kerja saya di hitachi tu semata2 nak lari dari masalah..awk tahu tak isi hati saya ketika itu? awk tak tahu kan wak? awk cuma tahu mendesak sy itu ini, meletakkan semua kesalahan ke atas diri saya..ok awk, saya terima.. tp awk nak tahu? jauh di lubuk hati saya, saya sgt terkilan dengan awk yg tak hargai segala pengorbanan saya selam kita couple..saya bukan nak mengungkit awk..saya cuma terkilan.. :'(
saya selalu ingin awk tahu, saya sangat sayangkan awk.. :'(
Year 2010
Tahun pertama saya kat sabah..saya berubah, saya memberontak, saya berdendam dengan apa yg telah terjadi pada saya tahun lepas..ye awk, saya berdendam sampai sekarang dengan apa yg mereka2 buat kat saya, awk.. :'( sampai sekarang jugak saya akan menitiskan air mata bila mengenangkan semua itu. Saya rasa sgt bersalah kt awk dgn apa yg berlaku..tp awk tak tahu kan awk? ok takpa awk, saya faham perasaan awk & tak salahkan awk..tp saya yg berubah awk. Oleh sebab awk sering memarahi saya, menyalahkan saya, tidak memahami saya, saya menduakan awk tp pada hakikatnya saya cuma suka2..awk nak tahu? dalam hati saya cuma ada awk..saya sayang awk lagi.. :'( untuk ketiga kalinya awk mintak putus..saya mcm redha pula tapi kebetulan time tu saya tengah asthma, then saya cakap kat awk, 'abg, esok cakap boleh?b lelah ni'..awk terus cancel nk putus padahal saya tak paksa awk buat mcm tu..awk sangat sayangkan saya kan awk? awk tak sanggup tengok saya sakit kan awk? sebab tu la saya sayang awk sampai sekarang..awk tahu tak hati saya meraung bila terkenangkan ini? (till now i'm still crying)
Year 2011
The problem is getting worst..saya taktau lagi nak berperasaan macam mana ketika ini awk.. Semakin hari hubungan kita semakin renggang kan awk? Baru seminggu lepas saya balik KL tp tak balik Kedah jumpa awk..Saya ada alasan saya sendiri kenapa tak balik jumpa awk. Bukan bermaksud saya tak rindu awk.. :( tp awk tetap salah faham kan awk? awk salahkan saya lagi.. takpala awk, awk cakap la apa pun pasal saya..saya terima. setiap hari saya cuba menjadi girlfie terbaik utk awk tapi awk tidak pernah memberikan peluang itu pada saya. Hari2 kita dingin kan awk? Kalau saya tak touching, awk yg touching. Macam tu lah rutin hubungan kita..tap takpa awk, saya still mencuba nak ubah hubungan ni balik macam kita couple dulu2 kan? bestnyaa.. :')
awk nak tahu, sekarang ni saya nak buat cross stitch picture kita. Saya dah design tapi nak beli benang2 tu budget lari pulak bulan ni. Tak sempat kejar budget ni awk..nanti dah ada budget, saya start buat tau awk.. :) saya masih sayangkan awk walaupun dah macam2 yg terjadi dalam hubungan kita..mudah2an hubungan ini berpanjangan..aminnnn (sama dengan nama awk kan wak?) :)
p/s:- airmata saya laju je time saya type cerita ni.. love u awak..
Thursday, March 24, 2011
kepala Ting Tong
mulakan hari saya dengan wajah cantik tetapi bosan tahap terlampau..
sangat cantik bukann?? wajah masam tak mandi.. :)
now, baru lepas menjamu perut saya dengan makanan yang sepatutnya saya tak boleh makan.. (awat hang ketegaq sangat? nanti perut meragam mula laa...) actually saya tak bopa suka makan maggi ok..sebab dia banyak sebab..huahuahua..tapi akibat dari ketidaklaluan makan saya yang semakin menjadi2, saya terpaksa memakan juga makanan larangan itu.

ok ini namanya maggi sedaap & orange juice JOY.. :)
maggi ini bukan dibeli dengan wang kocek sendiri tetapi pembelian maggi ini dibiayai oleh ex-bos saya..saya cuma pencilok sahaja.. :) time tengah makan, fikiran boleh pulak bertanya, 'eh knapa aku makan maggi ni padahal sangat tak kena dengan selera sekarang'..hahaha apa boleh buat, sudah kekeringan idea nak makan apa..cuma mengkedarah maggi kosong semata2 untuk mengalas perut.. :)
penah nampak air kotak oren JOY tu? kalau kamu2 penah naik kapal terobang MAS mesti tau..bila minum air ni, rasa macam dalam kapal terobang..kalau nak tau, try laa..sangat sedapp dan layann... :) tapi ini pun saya tidak boleh minum sebenarnya..kerana saya dilarang sama sekali memakan makanan yang diawet (packed food & canned food).
setelah memakan semua2 ini, tiba2 saya terasa seperti benda2 merah mahu keluar dari kulit tangan saya..dia mai dahh dia mai dahhh...ouh myyyyy gudness..saya benci lagi nak makan ubat.. :(
hati saya: benci knapa pulak?hang yang gatai nak makan tadi..
saya: ha laa..satgi lepas makan ubat mesti mengantuk nak tidoq..aku takmau macam tu, aku nak buat keja..
hati saya: dah nama pun berpenyakit, nasib hang la..
saya: bukan aku mintak pun..apa boleh buat aku ini hanya merantau & tiada pengasuh..
hati saya: ouh biasalah..nama pun mencari rezeki demi sesuap nasik..
saya: ha tau takpa..
ok keputusannya saya takmau makan ubat..biaqlaa nak jadi apa..lalalalalalalalala...
Subscribe to:
Comments (Atom)