The Owner

My photo
For Those Who Hate Me: I Was Born To Express Not To Impress!

Sunday, September 25, 2011

Mari Main Tanah

   Assalamualaikum & hello to you bloggy! Okay mari kita bercakap mengenai Tanah..apa ingat nak main tanah @ buat ujian tanah macam zaman2 sekolah dulu kah? oh tidakk..pernah dengar mengenai 4 unsur yang sering dikaitkan dengan perlakuan seseorang dengan unsur seperti Tanah, Api, Air dan angin? kompom pernah laa..

Oleh sebab aku tergolong dalam kategori wanita tanah (cewahh wanita la pulok.. *muntah purple*), aku saja nak comparekan dengan diri aku sendiri..ada yg betul & ada yg tidak..ce kita try tengok..

Ciri-ciri Wanita Yang Berunsurkan Tanah (anak pertama, kelima, kesembilan)


1. Merendah diri, hormat serta patuh, setia dan rela berkorban.
   (yang ni takmau komen banyak, takut ter'riak'..tolong comparekan sendiri bagi sesiapa yg kenal diri ini tapi bab hormat tu, aku memang hormat orang tapi biar kena gaya la..)

2. Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang yg pemarah.
    (aku memang tak cerewet sangat baik dari segi makanan, tempat tinggal or apa2 sajalah, dah itu yg kita    dapat so, bersyukur saja. Yeah..aku memang tak sombong (muka aja violent sometimes tapi aku sweet!).. & juga bukan seorang pemarah..mungkin jugak la tapi jangan la pulok nak cuba bagi aku marah..)

3. Tenang diri, aman dan seorang supporter yg baik.
   (Tenang? sometimes..kadang2 aku boleh jadi sangat tak tenang dan menjerit..okay supporter, may be i am or may be not..taktau nak cakap yg ni orang yg kena judge)

4. Tidak suka membantah & membangkang.
  (Absolutely sangat yesss!!! okay ini adalah kelemahan aku. Even aku tak setuju @ sangat tak suka dengan sesuatu, aku cuma protes dalam hati..benda ini yg memakan diri balik sebab aku adalah sangat cengeng okay! cepat menangis. Nak jaga hati orang punya pasal terpaksa buat expression muka macam sangat setuju..)

5. Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.
   (dah nama pun wanita, so watak2 ini sangatlah penting. Aku sangat tak suka kotor, kotor yg datangnya dari diri kita sendiri & dari orang sekeliling. Kotor disebabkan kerja macam aku ni, aku tak kisah.. )

6. Semangat produktif dan gigih yg disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah 
    berkemampuan mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan.
   (yg ni taktau lagi sebab belum ada perniagaan, niat nak berbisnes tu memang ada tapi tengah fikir apa yg sesuai untuk dibisneskan.)

7. Tidak mudah untuk menunjukkan sifat yg penyayang.
   (hohoho yg ni lagi la taktau..sila judge sendiri ok! *pengsan*)

--> okay, dari ciri-ciri yg tersenarai di atas, maka bolehlah kamu2 yg berunsur tanah try comparekan dengan diri sendiri..untuk lelaki2 yg ingin mengetahui kriteria wanita idaman (coiyy!! *muntah tanah*), maka bolehlah diteliti dengan ciri2 ini..

Tolong bersyukur dengan diri sendiri kerana tergolong dalam kategori wanita tanah.. bukankah kita manusia datangnya dari tanah? think think think.. Peace No War!!
Wassalam..
   

No comments:

Post a Comment