The Owner

My photo
For Those Who Hate Me: I Was Born To Express Not To Impress!

Wednesday, August 31, 2011

1 2 3 testing testing

Assalamualaikum! pheww...lama tak update blog. Seingat aku sepanjang bulan posa macam takdak entry aku..kalau ada pun, 5-6 baris paling kurang..kihkihkih..eh lupa, Selamat Hari Raya Aidilfitri!! :)

     Currently aku kat kampung di Sungai Petani, Kedah, tempat aku dilahirkan.. :) cerita pasal raya tahun ni, tak la semeriah dari tahun2 yg lepas..bagi aku, raya tahun ni disambut dengan ala kadar, cukup dengan adanya mak ayah..pagi2 lagi mak aku gerak bangun tidoq tapi Ya Allah liatnya nak bangun memandangkan semalam aku bertungkus lumus menyiapkan kuih raya sampai pukoi 3.30 pagi dengan kakak aku yg sedang memboyot..heheheh..tapi aku gagah bangun jugak la, dah la raya setahun sekali, solat raya pun aku jarang pi sebab selama aku besaq ni, tiap kali raya ja bendera jepun berkibaq..tahun ni Alhamdulillah jepun kalah awai..so, aku boleh pi masjid.. 

mengikut planning asal, mak ayah aku memang takmau balik kedah sebab  kemungkinan besaq next year kami sekeluarga dah berpindah balik ke kedah..jadi, mak aku nak raya di kl la..macam mana aku boleh terbalik kampung ni, sebab ayah aku beria ajak aku balik kampung tengok rumah kami yg baru nak renovate..that's why la aku boleh terbalik kampung, bukan terbalik kuang aa... :) ni pun tak lama aku balik sini, 2 malam ja..nak dok lama2 sini banyak memori la pulak.. :( malam ni tidoq kt umah arwah tok aku, esok malam may be di umah kakak 1st aku..then pagi khamis move balik kl.. 

ok sekarang aku sangat bosan sebab takdak kawan nak merapu meraban..yala, balik dengan ayah ja..nak sembang apa sangat la dengan ayah..tak boleh menjoyah macam kita menjoyah dengan mak, kann?? hahahah..rindu mak la pulak (cihh tiba2 jadi gatai manja tua)... :)  nak berkhidmat pesanan ringkas pun boipren tak layan..apa la punya sedih..huhu.. huarggghhhhhh..!! ngantoksnyaa..tapi mee goreng mamak yg aku pesan kat ayah tadi tak balik mai lagi..satgi dan aku lena, aku malaih nak bangun makan dah..hahaha..
jadi, terpaksa la aku tahan mata aku dari terlelap..boleh ka ha nak letak lidi kt mata takmau bagi terpejam?? :p gudnait eberiwann!! 





Sunday, August 14, 2011

muhasabah diri..

Whatever problem I am facing,
I must go back to GOD,
I came from HIM the ever knowing CREATOR..

With HIS help,
I'll then will be able to overcome all the difficulties... 

Ameenn..

Saturday, August 13, 2011

Panjat Syukur..

hari ini, tika ini, saat ini,
aku bersyukur kepadaMu Ya Allah
Kau sedarkan aku
Kau insafkan aku
Kau bukakan pintu hati aku
untuk terus bersyukur dengan nikmat yg Kau berikan kepadaku
yg selama ini aku gagal Ya Tuhan..

Ya...gagal untuk mengucap syukur kepadaMu.
aku angkuh,
aku bongkak,
dengan setiap nikmat yg aku perolehi dariMu.
aku alpa, 
aku lupa,
bahawa semua nikmat yg Kau berikan kepadaku,
aku perlu bersujud, 
bersyukur kepadaMu Ya Allah..

Kau sedarkan aku dalam keadaan masih ada nikmat untuk diriku..
nikmat dariMu kepada hamba hina seperti aku.
aku bersyukur Ya Allah..
sungguh aku bersyukur..

bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk merasai nikmatMu,
bersyukur kerana Engkau sedarkan aku,
bersyukur dengan segala apa yg terjadi dalam hidup aku..

seharusnya aku,
tidak perlu mengeluh,
tidak perlu berbangga,
tidak perlu ego,
Ya..ego yg aku cipta sendiri,
ego dengan ujian yg Kau berikan kepadaku..

dari situ,
aku lalai,
aku ingkar,
aku lupa,
dengan perintahMu Ya Allah..

aku bersyukur kepadaMu,
kerana Kau tidak menarik semua nikmat yg Kau berikan padaku

aku sedar,
Kau hanya menguji hambaMu,
Kau hanya ingin mengingatkan hambaMu,
bahawa tiada satu pun nikmat di dunia ini kekal,
melainkan dengan mensyukuri dengan nikmatMu..

aku redho Ya Allah..
redho dengan nikmat yg Kau sudah ambil kembali dariku,
aku bersyukur masih ada sisa nikmat yg Kau tinggalkan utk diriku..
aku bersyukur kepadaMu..
masih ada peluang utk aku menyedari khilafku..

Ya Allah Ya Tuhanku,,
Kau jadikanlah aku manusia yg terus bersyukur denganMU..
Ameennn.... :')


Wednesday, August 10, 2011

cerita hati..

satu persatu telah kuhapus
cerita lalu di antara engkau dan aku
dua hati pernah berjaya
seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

ku tak ingin lagi
menunggu menanti
harapan tuk hidupkan cinta yg telah mati

ku tak ingin cuba
hanya tuk kecewa
lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara

aku ingin pergi dan berganti hati

satu persatu telah kuhapus
nada dan lagu yg dulu kucipta untukmu
rasa yg dulu pernah ada
kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

ku tak ingin lagi
menunggu menanti harapan
tuk hidupkan cinta yg telah mati

ku tak ingin cuba
kutelah kecewa
lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara

kini kusedari
diri ini ingin berganti hati

cinta yg telah pergi harus berganti hati..



p/s; A friend of mine always said that 'you will never forget but you will survive..no one can forget their first love..you can't forget a man that you have given so much of everything but you can always hope he will treaty other girls better & not ruin his life and yours..' (thanks afiq 4 ur advise, really appreciate it.)


Tuesday, August 9, 2011

~Cinta~

Cinta..apa itu cinta?suka?kawan?sahabat?boyfriend @ girlfriend? aku sendiri kurang pasti sedangkan aku juga pernah merasa apa itu cinta..

cinta perlukan komitmen; tak boleh sesuka hati nak buat itu ini, tak boleh main campak sesuka hati..perlu give & take..tak boleh nak marah2 sesuka suki, tak boleh menuduh itu ini, tak boleh terus-terusan mencaci memaki, tak boleh paksa-paksa (tak best la paksa2 tambah2 jenis aku yg sangat benci bila dipaksa)..cinta perlukan persefahaman, kepercayaan, keluhuran, ketulusan hati..cinta tak perlu bukti mengatakan si polan mencintai si polan..cukup sekadar dengan kasih sayang yang ditumpahkan kepada pasangan, kepercayaan yang diberikan melebihi 100%..tetapi bukan SEX yang dikatakan oleh sesetengah kumbang di dunia ini sebagai bukti si bunga mencintai kaum mereka..this is totally wrong!!! Keprihatinan sesama sendiri sangat diperlukan dalam hubungan cinta..cuba bayangkan apa yang terjadi sekiranya hanya seorang yang prihatin  terhadap pasangannya sedangkan pasangannya tidak langsung mengendahkan dia? think2.. 




cinta itu sebahagian dari Fitrah; mengapa begini? Adam dicipta seorang diri tanpa teman bicara, kesunyian yg Baginda alami ketika itu, maka Allah telah mencipta Hawa sebagai peneman kepadanya..sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia si lelaki mencintai si perempuan dan si perempuan mencintai si lelaki.. (tapi dunia akhir zaman ni pelik, boleh pulak cinta kaum sejenis..Nauzubillah..)


cinta itu naluri; seperti orang2 berkata 'cinta itu di hati'. kita dapat merasakan bahawa apakah seseorang itu menyayangi kita ataupun tidak..Jika kita tak ingin disakiti, jangan kita menyakiti orang lain..jika kita ingin disayangi, berilah kasih sayang yg seluhurnya..jika ada rasa bimbang, kita dapat merasa..sama juga cinta naluri seorang ibu terhadap anak-anaknya..biasanya si ibu akan dapat merasakan apa yg dilakukan oleh anak2nya sama ada yg baik @ tidak baik..begitulah juga dengan pasangan yg bercinta..think again..


cinta sering terletak di puncak (TOP); bila kita ada rasa cinta, kita akan saling bekerjasama, saling kasih-mengasihi, sayang-menyayangi..yg dimaksudkan kerjasama di sini adalah saling berusaha untuk mencapai satu tahap di mana hubungan cinta ini perlu bersatu di akhirnya..sekuat Cinta Tuhan kepada hamba2Nya dengan memberi nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.. 


cinta itu Altruistic; altruistic?apa itu? hahaha..maksudnya cinta ini melebihkan orang lain dari diri sendiri.. macam maksud pengorbanan la..pengorbanan yg sering diperlukan dalam sesuatu hubungan cinta.. pengorbanan dari semua aspek..(bukan aspek yg melibatkan nafsu ok!) bila kita ingin melihat pasangan kita bahagia, kita akan lakukan apa sahaja demi kebahagiaan si dia..maka, usaha yg terbaik yg kita akan lakukan untuk mencapai matlamat kita..

p/s; Terasa bahagia pabila kita terlibat dalam cinta yg begini..cinta ini indah sebenarnya jika kita bijak mengendali rasa cinta kita..cinta tak perlu serik.. [tapi nak buat macam mana, aku memang serik bab2 cinta ni.. :( ] but hopefully i will give my love again to someone that truly love me eventhough he always think that i don't love him like he did.. :')