The Owner

My photo
For Those Who Hate Me: I Was Born To Express Not To Impress!

Monday, September 26, 2011

Kelahiran Januari

    Assalamualaikum! Okay, kalau semalam aku cerita pasal unsur tanah, hari ni aku nak cerita pula pasal rahsia tarikh lahir mengikut bulan kelahiran kita..yg ni aku rasa semua dah tau kot, dari dulu dah heboh pasal ni..boleh tau perangai seseorang melalui bulan kelahiran..dunia oh dunia..
     Memandangkan aku lahir dalam bulan Januari, aku just cakap pasal kelahiran januari je lah & compare untuk diri sendiri.. :)

1. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.
    (Hoyeah..aku memang ada cita-cita yg tinggi tapi masih dalam proses berangan tak hengatt! serius? owh ada part yg perlu serius, aku serius la..tak perlu nak bergelak ketawa setiap masa.)

2. Suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
   (Owh ini sangat annoying okay..benci jugak dengan ciri-ciri ini. Sebolehnya sedang berusaha keras untuk tidak  menjadi begini.)

3. Peka dengan setiap yg dibuat nampak keuntungan.
   (Alhamdulillah..anugerah yg aku ada ni memang betul)

4. Suka smart, kemas dan teratur.
   (Hohoho..ini sangat betul..kalau aku yg sepahkan sendiri takpa, sebab aku tau aku boleh buat balik. tapi kalau orang yg sepahkan & aku yg harus kemas memang aku naik angin.)

5. Sensitif, berfikiran mendalam.
    (Sensitif itu ya..that's why la aku adalah seorang yg sangat cengeng!!)

6. Pandai mengambil hati orang lain.
   (Really? may be la kot..hahaha)

7. Pendiam kecuali setelah dirangsang.
   (Ini pun rasa macam betul..tapi kalau dengan family aku, tak payah tunggu kena rangsang..mereka2 yg pengsan dengan perangai aku..hahahah)

8. Agak pemalu, daya tumpuan yg sangat tinggi.
   (HAHA boleh jugak kata ya..*muntah*)

9. Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
   (Yang ni harus la kot..dari umur 14 dah naik bas sendiri ulang- alik Kedah KL. Dari dulu berjauhan dengan parents so wajib la jadi independant..)

10. BADAN SIHAT TETAPI MUDAH DISERANG SELSEMA.
     (Ini sangat betul okayyy!! that's why kena besarkan tulisan..hahaha..letih okay dengan selsema camni hari-hari. sejuk sangat tak boleh, panas sangat tak boleh, berhabuk laaaaaaagiii la tak boleh..ubat selsema dah jadi macam gula2..)

11. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya.
     (yg ni taktau..kalau nak tau kena tanya bf @ gf masing-masing la kot.)

12. Cukup sayang kepada kanak-kanak.
     (Ouh sangat lovely..yg ni memang sangat betul..nak tengok contoh, anak-anak sedara aku boleh kata semua rapat dengan aku even aku marah teruk macam mana pun, at last datang menyendeng kat aku jugak..sebab bila aku dah marah, aku pi kedai beli jajan..HAHA)

13. Suka duduk di rumah.
     (Ini pun betul jugak..bila aku balik rumah di KL aku lebih suka terperap di rumah macam katak bawah gelas..Rumahku Syurgaku la katakan.. )

14. Setia pada segalanya.
     (No comment *jawapan artis*)

15. Rajin belajar & kemahiran sosial.
     (Yepp..memang rajin belajar..tak kira apa jenis pelajaran tapi yg bagus-bagus dan mendatangkan keuntungan untuk diri la.)

16. Sikap cemburu yg sangat tinggi.
     (betul rasanya tapi macam malas nak tunjuk sangat..diam-diam sudah..tapi bila tak tunjuk cemburu ni payah, selalu orang cakap kita tak sayang la apa la..padahal aku sangat malas nak bergaduh okayy!! *takmau mencengengkan diri sendiri sebenarnya*)

--> okay sudahh..bagus jugak ada benda ni. Boleh tau perangai sendiri & boleh diubah. Tapi ada jugak yg tak betul rasanya..do compared with yourself guys! mana tau memang betul, benda baik elok dikongsi.. :)

Wassalam..

Sunday, September 25, 2011

Mari Main Tanah

   Assalamualaikum & hello to you bloggy! Okay mari kita bercakap mengenai Tanah..apa ingat nak main tanah @ buat ujian tanah macam zaman2 sekolah dulu kah? oh tidakk..pernah dengar mengenai 4 unsur yang sering dikaitkan dengan perlakuan seseorang dengan unsur seperti Tanah, Api, Air dan angin? kompom pernah laa..

Oleh sebab aku tergolong dalam kategori wanita tanah (cewahh wanita la pulok.. *muntah purple*), aku saja nak comparekan dengan diri aku sendiri..ada yg betul & ada yg tidak..ce kita try tengok..

Ciri-ciri Wanita Yang Berunsurkan Tanah (anak pertama, kelima, kesembilan)


1. Merendah diri, hormat serta patuh, setia dan rela berkorban.
   (yang ni takmau komen banyak, takut ter'riak'..tolong comparekan sendiri bagi sesiapa yg kenal diri ini tapi bab hormat tu, aku memang hormat orang tapi biar kena gaya la..)

2. Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang yg pemarah.
    (aku memang tak cerewet sangat baik dari segi makanan, tempat tinggal or apa2 sajalah, dah itu yg kita    dapat so, bersyukur saja. Yeah..aku memang tak sombong (muka aja violent sometimes tapi aku sweet!).. & juga bukan seorang pemarah..mungkin jugak la tapi jangan la pulok nak cuba bagi aku marah..)

3. Tenang diri, aman dan seorang supporter yg baik.
   (Tenang? sometimes..kadang2 aku boleh jadi sangat tak tenang dan menjerit..okay supporter, may be i am or may be not..taktau nak cakap yg ni orang yg kena judge)

4. Tidak suka membantah & membangkang.
  (Absolutely sangat yesss!!! okay ini adalah kelemahan aku. Even aku tak setuju @ sangat tak suka dengan sesuatu, aku cuma protes dalam hati..benda ini yg memakan diri balik sebab aku adalah sangat cengeng okay! cepat menangis. Nak jaga hati orang punya pasal terpaksa buat expression muka macam sangat setuju..)

5. Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.
   (dah nama pun wanita, so watak2 ini sangatlah penting. Aku sangat tak suka kotor, kotor yg datangnya dari diri kita sendiri & dari orang sekeliling. Kotor disebabkan kerja macam aku ni, aku tak kisah.. )

6. Semangat produktif dan gigih yg disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah 
    berkemampuan mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan.
   (yg ni taktau lagi sebab belum ada perniagaan, niat nak berbisnes tu memang ada tapi tengah fikir apa yg sesuai untuk dibisneskan.)

7. Tidak mudah untuk menunjukkan sifat yg penyayang.
   (hohoho yg ni lagi la taktau..sila judge sendiri ok! *pengsan*)

--> okay, dari ciri-ciri yg tersenarai di atas, maka bolehlah kamu2 yg berunsur tanah try comparekan dengan diri sendiri..untuk lelaki2 yg ingin mengetahui kriteria wanita idaman (coiyy!! *muntah tanah*), maka bolehlah diteliti dengan ciri2 ini..

Tolong bersyukur dengan diri sendiri kerana tergolong dalam kategori wanita tanah.. bukankah kita manusia datangnya dari tanah? think think think.. Peace No War!!
Wassalam..