The Owner

My photo
For Those Who Hate Me: I Was Born To Express Not To Impress!

Wednesday, June 13, 2012

New Handphone

Kehadapan bloggy..

Seperti yg anda tahu, ai telah kehilangan henfon yg disayangi (dalam entry yg lepas). Teringat2, termimpi2, terbayang2 henfon tu. Sayang gila kott. Beli dengan duit titik peluh sendiri. Lagi pula, ai adalah seorang yg sangat kedekut untuk diri sendiri. Susah sangat nak keluarkan duit beli barang-barang untuk diri.  Yg ni pun ai perasan lepas Mr.H tegur, dengan diri sendiri kedekut, dengan orang tak kedekut..hehe.. Nak dapat pun susah, orang yg curi tu senang-senang ja dapat..sedih..

Ini lah rupa henfon yg hilang..

 
Samsung Galaxy Wonder









 Henfon ai sebijik macam ni. Ada dua kaler, hitam & putih. Sayangnya..bila dok ingat2, ai jadi sakit hati. Banyak benda penting dalam ni. Dah la ni phone untuk kerja ai. Ada jugak report pasal kerja yg ai buat dalam ni. Bullshit punya orang yg curi. Sampai bila2 lah hidup kau tak aman..!!!!

Dalam keadaan sedih yg tak hilang, Mr.H bawak jugak survey henfon baru. Dia nak belikan lagi satu yg baru. Tapi ai takmau. Nak jugak beli dengan duit sendiri. Mula-mula ai takmau survey2 lagi. Fobia & takut nak guna henfon mahal2. Sebab still dok ingat henfon lama. Tapi Mr.H ajak jugak pi tengok kt samsung. Dia cakap, mana lah tau ada henfon yg lagi okay dari Wonder. Ai pun ikut saja. Mula-mula dok usha ja henfon wonder ni.. :( Pastu jalan-jalan pusing kedai tu, ada satu yg menarik minat ai. Samsung Galaxy S Advance.. (^_^). Weeee...cantiknyaaa henfon ni..nipis, sama besar dengan henfon Mr.H. Harga pun lebih kurang dengan Wonder. Cuma lebih sikit dalam RM200 camtu. Hurmm..thinking punya thinking, i've decided to buy this one. But not now laa..Once ai dah dapat claim, ai beli..pejam mata! hehe..

Ini pulak rupa henfon yg ai nak beli..

Samsung Galaxy S Advance

Harap-harap claim masuk cepat. Dah dua bulan ai submit claim tapi belum dapat..*sigh*...
Kali ni kalau ai ada henfon mahal lagi, ai nak beli casing cantik macam Wonder. Tapi kali ni ai nak gantung kat leher. Takmau lagi hilang henfon. Nak dapat bukannya senang..HuHu..


p/s: Yg ni ni, kira wishlist lah kan?? :)



Tuesday, June 12, 2012

kawan baik

Kawan baik? kawan rapat? best friend forever bak kata budak-budak zaman la ni. Ada banyak kategori  kawan baik sebenarnya & ada macam2 pe'el (perangai). Kawan baik ni tak kira lah lelaki @ perempuan. Ada individu perempuan tapi kawan baiknya lelaki. Ada jugak yg lebih suka berkawan baik dengan sesama jenis iaitu perempuan. 

Macam ai, ai ada kedua-duanya sekali. Ai ada kawan baik perempuan & lelaki. Kawan baik perempuan ai, ai kenal masa sekolah menengah di Kedah dulu. Nama dia Asfarina. Ai lebih suka panggil as walaupun dia lagi popular dengan panggilan Farina di kalangan family dia.. :) Ai dengan dia dah berkawan lama. Dari umur 13 tahun (Form 1) sampai lah sekarang dah berumur 25 tahun.


  
nin dia..yg bertudung itu lah Asfarina..haha






Yg sebelah dia tu lah hasben dia. Ai panggil Izu ja. Dia inilah pesaing ai..hahaha.. Ni dia masa dia kawen hari tu. Walaupun hasben dia tak sama umur dengan kami, tapi dia punya gila-gila boleh tahan. Kadang2 tengok macam budak2 pun ada. Sangat tak matang punya perangai. Tapi, seriously ai sangat suka tengok gelagat budak berdua ni. Tak macam laki bini. Macam kawan2 ja. Okay, actually ai dengan as pernah terrr'lost' contact selama lebih kurang 2 tahun lebih (kalau tak salah la). Sebabnya, masa ai tamat form 3, ai berpindah ke KL dan bersekolah di sana. Time tu manalah ada henfon bagai ni sebab ai tak pandai lagi..cuma dok berutus surat ja la. Tu pun buleh kira dengan jari kot. Lepas SPM, rezeki dia dapat masuk UIA. Mula2 dia masuk matriks pastu masuk main camp kat Gombak. Haaaa time ni lah kami bercontact2 balik. bertukar no tefon bagai. Sammmmmpailahhh sekarang.. (^_^)

Banyak benda yg ai share dengan as ni. Dari hal fizikal mental, sampai lah soal hati & perasaan. Dia juga lah orang pertama yg ai bagitau pasal first boyfie ai & dia jugak lah orang yg first ai bagitau ai dah clash dengan boyfie tu. Dia marah tapi dia agak cool. Tak tunjuk. Satu ja dia kata, ''biaq p lah kat dia yam, toksah dok pujuk dah''.  Dia faham ai. Tak pernah nak desak ai cerita itu ini kat dia kalau ai ada masalah sebab dia tau lambat laun ai akan cerita jugak dengan dia cuma cepat @ lambat ja. Itu yg ai suka & sayang dengan dia. Dia ni yg ai kenal, sangat lah susah nak menangis depan orang. Hati kental gila kott..tak macam ai ni cengeng nak mampus..HAHAHA..

Tapi la ni dia dah jadi Puan As. Segan le pulokk nak cerita lebih2 walaupun ai tau dia memang tak kesah. Harapan & doa ai, semoga dia berbahagia dengan encik izu. Cepat2 le timang baby. Ai nak tambah anak menakan lagi..hahaha.. 

ini kami hujung tahun 2010.

Itu kawan baik perempuan, kalau kawan baik lelaki, ai ada sorang kawan masa ai study kat poly. Satu kelas, kadang2 satu group assignment, kadang2 satu group presentation dan masa final sem, kami satu group dalam final project & masa kerja pun, kami bekerja di tempat yg sama iaitu di kilang Hitachi Electronic cuma berlainan department. Rapat. Sangat Rapat. Tapi tak pernah sedetik, setitik, secubit, sebesar zarah pun ai suka kat dia, maksud ai tersuka @ terjatuh hati la. Seriously tak pernah! Memang hensem & ada ciri2 lelaki yg ai suka tapi siiiiikittttt pun tak pernah terlintas yg ai nak berkapel dengan dia. Sebab, dulu ai ada boyfriend dan dia tau tu, Ai jugak tau yg dia ada perempuan yg dia suka. Tapi time tu dia tak kapel lagi dengan perempuan tu. Picture dia, ai takleh letak dalam ni. Bahaya. Nanti mem dia marah pulak..huhuhu.. Tapi sekarang ni, ai dah jarang berhubung dengan dia. Masa ai clash dulu pun, dia orang last yg tau.. :)

Berbeza tau kawan baik perempuan dengan lelaki ni. Bagi ai la..bezanya macam ni:


Kawan baik gegurl

1) Boleh share semua. Baik dari segi hal luaran mahupun dalaman.
2) Boleh tidoq satu bantai satu tilam satu selimut sebab tak haram..mandi pun buleh sama2...hahaha
3) Boleh menanges & gelak sama2.
4) Yang paling best, kita boleh berkawan baik dengan hasben dia. (tapi tak semua lah yg macam ni)


Kawan baik boboy

1) Boleh share masalah tapi tak semua. Memang lah ai ni seorang yg open minded tapi taklah open semua.
2) Tak bolehhh tidoq satu bantai satu tilam satu selimut..HARAMM!!!
3) Boleh menanges tapi malu. Paling2 pun dia akan cakap, dah la jangan lah nanges. Pastu kena gelak. Macam shelake kan? :p

4) Yg ni tak best..kita tak boleh berkawan dengan 'mem' dia. Jeles. Kayu lah kalau jeles dengan ai ni. Satu lagi, ai memang tau lah dia sayang kat yu, so jangan lah risau ai hambek dia. Kawan baik ja lah. Tolong lah faham. Ai berkawan dengan dia, so ai nak jugak berkawan dengan yu. Tapi yu tak pernah approve. Okay fine. Hampa nak kawen dah pun kan..btw, tahniah!! :)

Ini semua pendapat ai lah. Jangan lah ambik bulat2 apa yg ai cakap sebab lain orang lain perangai lain pemikiran lain pendapat..satu lagi, ai bukan jenis gedik okay. Kau kawan aku, aku kawan kau. Kau percaya aku, aku percaya kau. Itu prinsip ai berkawan. Okaylah cukup merepek mereben meraban dalam ni. Ai nak packing bag nak out station esok.

p/s- As kawan baik yam sampai bila2. Bak kata as sendiri, kawan baik sampai mati.. :)






Friday, June 8, 2012

Penyamun Kenduri

Assalamualaikum..

Baru2 ni ai balik semenanjung untuk bercuti. Tujuan balik ke sana adalah untuk menghadiri Majlis Perkahwinan kawan baik ai iaitu Asfarina di kedah dan selaku pengapit pengantin, memang wajib lah kan ai balik..huhu.. happy tu takyah cakap lah..tapi perasaan happy tu bertukar selepas berlakunya satu insiden yg sememangnya tak boleh nak happy langsung.. HANDBAG KENA CURI!!!

Handbag ai tu bukannya tercicir ka, tersalah letak ka, terletak merata2 ka..tapi ia diletakkan di bawah katil di dalam bilik pengantin. Ohmai...yg tak boleh blah, wang hantaran pengantin jugak lesap sekali dengan handbag ai..sungguh celaka manusia yg mencuri tu. Lagi celakanya, yg mencuri tu adalah kawan kami sendiri setelah dikenalpasti..haih laaaa...tak aman lah hidup hang lepas ni wahai pencuri..ceritanya macam ni;

Sebagai pengapit pengantin, for sure lah ai berkepit dengan pengantin saja. Apa sahaja barang pengantin, ai yg pegang which are handphone & wallet. Selesai ai menolong pengantin bersiap, kawan2 satu sekolah pun sampai. Bagi hadiah, bergambar2, bergedik-gedikan sebagainya. Tiba2, 'cepat keluar pengantin & pengapit, pengantin lelaki dah sampai!' dengan kelam kabutnya, kami berdua terhegeh2 berlari keluar. Masa tu, handbag tersebut masih di tangan ai. Oleh sebab menggelabah (pengantin lelaki dah sampai), ai bawak jugak handbag tu. Sampai di pintu rumah ai terfikir ''takkan ler nak usung beg ni jugak, dah ler jadi pengapit''.. lepas tu ai tanya As..'As, handbag ni nak letak mana ha?' As menjawab, 'Yam letak ja bawah katil As, ok jugak tu'.. Dengan tak berfikir panjang, ai berlari2 anak masuk bilik dan letak bawah katil. Seriously tak expect pulak orang yg tengah duduk depan bilik tu tengok. Lepas letak, ai pun keluar mendapatkan pengantin. Lari2 la jugak sebab As ni jenih jalan laju..pengapit yg ditinggalkan di belakang..hahaha.. okay, lepas menyambut kedatangan pengantin lelaki, kami terus ke meja santap pengantin untuk makan. Yg membawa dulang2 hantaran pula,  terus masuk ke dalam bilik. tapi tak lama la, masuk letak ja dan terus keluar untuk makan.

Lepas makan, makcik2 As panggil ai & tanya kot2 ai ternampak wang hantaran dalam dulang. Ai cakap la tak perasan langsung & ai memang tak tengok lagi hantaran2 tu. Depa bagitau, yam oi..duit tu hilang..Astaghfirullahal'azim..ai diam ja tak bagitau As. Time tu tak terfikir pula keadaan handbag ai. Yala, dok bawah katil kot. Takkan orang sanggup dok godek bawah katil kan. Lepas tu, ai pun pi lah menyembang dengan kawan2. Hari pun dah nak petang, ai nak mintak diri beransur sebab ai nak balik ke Sg.Petani. Dengan rasa yakinnya, ai meraba2 di bawah katil. Bawah katil terasa kosong, yg ai rasa cuma ada karpet & paper bag. Tak puas hati, selak cadar. Ya Rabbi....memang tak ada. Ya Allah..rasa lemah seluruh badan, macam nak pengsan. Air mata jatuh, dok memikir macam mana aku nak balik kl, nak balik sabah. Dengan tak ada ic & kad2 bank. Istighfar. Jiran2 yg baik hati bawak pi menengok sapa yg ambik. Makcik tu cakap, percent untuk dapatkan balik semua tu adalah sangat tipis. Kalau tak dapat balik, buat report, yg buat keja ni ada 4 orang..3 perempuan & 1 lelaki tunggu dalam kereta. Balik rumah pengantin, terus pi balai polis buat report. Punya lah panik sampai tak ingat semua benda dalam handbag tu.

Barang2 yg ada dalam handbag tu: 

1) Wallet ai
2) Wallet As (pengantin)
3) Handphone ai (Samsung Galaxy W)
4) Digital Camera (Sony Cybershot)- company punya
5) Wang tunai As & ai (RM700)

Dokumen2 penting:

1) Credit card
2) Atm card (Affinbank,Maybank,CIMB,RHB,Publicbank,BankIslam)
3) CIDB card (macam mana la nak masuk site tak ada natang ni)
4) Resit deposit cincin

Ai buat keputusan untuk stay ja di rumah As malam tu sebab makcik dia nak bawak pi menengok lagi kat tempat lain. (Bukan untuk percaya yg benda ni khurafat ka apa, cuma kita berikhtiar). Lepas maghrib, ai, As & Izu (hasben As) makan. Time tengah makan, kami dapat info mengatakan individu yg mencuri tu memakai baju kurung berwarna merah dan bertudung hitam. Dengan tak semena-menanya, As bersuara perlahan; 'takkan kawan kita kot yam?'. That time ai tak dapat tangkap lagi siapa 'kawan' yg dimaksudkan. Lepas makan, kami bertiga terus keluar untuk ke rumah tu dengan makcik As. Dalam kereta, masing2 berharap mudah-mudahan bukanlah kawan kami. Sesampai di sana, kami terpaksa menunggu sebab ada pengunjung lain yg mempunyai masalah yg sama, hilang barang. Sampai time kami, pakcik yg menggelar dirinya sebagai Pak Lang tanya apa yg hilang dan milik siapa yg hilang. Ai dan As duduk berhadapan pak lang. Pak lang tu duduk di atas tikar sembahyang (sejadah) dan di depannya ada sebiji gelas berisi air beralaskan piring berwarna putih susu. Lepas paklang membaca ayat2 al-Quran, tiba2 paklang tu cakap, kawan hampa jugak ni cek aii..(loghat kedah).. Mai tengok dalam gelas ni nampak dak, kenai dak muka ni..Ai & As tengok, mula2 ai nampak rambut saja. Oleh sebab tak jelas, paklang tu pusing2 gelas tu sampai jelas gambaran tu. At first, As masih tak percaya, dia mengagak yg bayangan hitam dalam gelas tu adalah tudung dia memandangkan dia pakai tudung hitam malam tu. Tapi lepas paklang tu pusing2 gelas, & bayangan tu still tak bergerak, barulah As percaya dan dengan tiba2, air mata dia menitik. Jelas, nyata dan terang. Memang muka kawan yg dimaksudkan. Seriously ai tak tipu, memang nampak muka dalam gelas tu. Bayangan dia macam negatif filem kodak yg lama tu. Berwarna kelabu. Paklang tu cakap lagi, 'insyaAllah kalau masih rezeki hampa, dia akan pulangkan barang2 ni balik tapi kalau tak ada rezeki, memang tak ada lah. Cara dia nak pulangkan barang tu mungkin dia akan letak di tempat yg berhampiran dengan rumah'.

Lepas tu, baru terfikir balik, memang 'kawan' terbabit berjumpa kami. Bersalam-salaman dan bagi hadiah untuk pengantin. Berbaju merah bertudung hitam. Dia memang tak bawak handbag. Lepas bagi hadiah, beliau terus duduk bersimpuh di depan bilik pengantin bersama- sama ibu dan makciknya. Tak mau bila diajak bergambar. Tak makan nasi kenduri..laaaaaaagiiii tak sangka, dia tak berjumpa dengan kami sebelum dia balik. Kat situ pun dah boleh nampak sangat kannnn...padahal kawan rapat kot!! bak kata As, ''dulu hang susah time sekolah tak ada duit makan, aku yg belanja hang makan''..celaka macam wadefak kan? wadefak pun tak secelaka dia ni... haih laaaaa....

Tak tau nak gambarkan perasaan time tu macam mana. Geram macam nak sepak terajang, tumbuk sampai berterabur gigi, maki hamun, penampaq sampai kurus, sekeh kepala, rodok hidung sampai berdarah dan juga sebagainya. Tapi tak boleh, dok bersabar saja sambil istighfar. Dalam hati, sangat3 berharap mudah-mudahan dia hantar balik barang2 tu.

Harapan tinggal harapan. Sekarang ni ai telahpun berada di Kota Kinabalu, Sabah. Sehingga sekarang, masih belum ada berita mengenai barang2 tersebut & sampai sekarang jugak lah ai masih tak dapat lupakan hal ni, masih tak dapat lupakan handphone ai & semua barang2 yg hilang. Fobia. Ya, fobia kot..takmau guna handbag, wallet, handphone mahal2. Sakit hati. Oleh sebab susah hati, ai tak ada selera makan, badan susut. Padahal baru 4 hari hilang..huhu..

Selagi 'kawan' tu tak datang mintak maaf dengan kami, mengaku salah dengan kami, kami berdua takkan halalkan dunia akhirat. Kalau ada pun dia datang mintak maaf dan barang2 tu dah tak ada, kami akan mintak dia ganti semula semua barang2 tu. Memang takkan halal la, ingat senang ke ai nak berurusan di JPN, di semua bank yg disebut di atas. Susah la kawan. Seriously ai & As TAKKAN HALALKAN!!!

Moral of the story:

- JANGAN sesekali percaya bahawa kawan itu boleh diharap. Bak kata pepatah melayu, ''Harapkan pagar, pagar tak boleh diharap''.

- JANGAN letak/ simpan barang berharga di dalam bilik pengantin.

- JANGAN lalai.

- JANGAN kelam kabut.


nota kaki//: memang tak aman lah hidup engkau lepas ni wahai 'kawan'!!!!!