The Owner

My photo
For Those Who Hate Me: I Was Born To Express Not To Impress!

Saturday, August 13, 2011

Panjat Syukur..

hari ini, tika ini, saat ini,
aku bersyukur kepadaMu Ya Allah
Kau sedarkan aku
Kau insafkan aku
Kau bukakan pintu hati aku
untuk terus bersyukur dengan nikmat yg Kau berikan kepadaku
yg selama ini aku gagal Ya Tuhan..

Ya...gagal untuk mengucap syukur kepadaMu.
aku angkuh,
aku bongkak,
dengan setiap nikmat yg aku perolehi dariMu.
aku alpa, 
aku lupa,
bahawa semua nikmat yg Kau berikan kepadaku,
aku perlu bersujud, 
bersyukur kepadaMu Ya Allah..

Kau sedarkan aku dalam keadaan masih ada nikmat untuk diriku..
nikmat dariMu kepada hamba hina seperti aku.
aku bersyukur Ya Allah..
sungguh aku bersyukur..

bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk merasai nikmatMu,
bersyukur kerana Engkau sedarkan aku,
bersyukur dengan segala apa yg terjadi dalam hidup aku..

seharusnya aku,
tidak perlu mengeluh,
tidak perlu berbangga,
tidak perlu ego,
Ya..ego yg aku cipta sendiri,
ego dengan ujian yg Kau berikan kepadaku..

dari situ,
aku lalai,
aku ingkar,
aku lupa,
dengan perintahMu Ya Allah..

aku bersyukur kepadaMu,
kerana Kau tidak menarik semua nikmat yg Kau berikan padaku

aku sedar,
Kau hanya menguji hambaMu,
Kau hanya ingin mengingatkan hambaMu,
bahawa tiada satu pun nikmat di dunia ini kekal,
melainkan dengan mensyukuri dengan nikmatMu..

aku redho Ya Allah..
redho dengan nikmat yg Kau sudah ambil kembali dariku,
aku bersyukur masih ada sisa nikmat yg Kau tinggalkan utk diriku..
aku bersyukur kepadaMu..
masih ada peluang utk aku menyedari khilafku..

Ya Allah Ya Tuhanku,,
Kau jadikanlah aku manusia yg terus bersyukur denganMU..
Ameennn.... :')


No comments:

Post a Comment