The Owner

My photo
For Those Who Hate Me: I Was Born To Express Not To Impress!

Tuesday, August 9, 2011

~Cinta~

Cinta..apa itu cinta?suka?kawan?sahabat?boyfriend @ girlfriend? aku sendiri kurang pasti sedangkan aku juga pernah merasa apa itu cinta..

cinta perlukan komitmen; tak boleh sesuka hati nak buat itu ini, tak boleh main campak sesuka hati..perlu give & take..tak boleh nak marah2 sesuka suki, tak boleh menuduh itu ini, tak boleh terus-terusan mencaci memaki, tak boleh paksa-paksa (tak best la paksa2 tambah2 jenis aku yg sangat benci bila dipaksa)..cinta perlukan persefahaman, kepercayaan, keluhuran, ketulusan hati..cinta tak perlu bukti mengatakan si polan mencintai si polan..cukup sekadar dengan kasih sayang yang ditumpahkan kepada pasangan, kepercayaan yang diberikan melebihi 100%..tetapi bukan SEX yang dikatakan oleh sesetengah kumbang di dunia ini sebagai bukti si bunga mencintai kaum mereka..this is totally wrong!!! Keprihatinan sesama sendiri sangat diperlukan dalam hubungan cinta..cuba bayangkan apa yang terjadi sekiranya hanya seorang yang prihatin  terhadap pasangannya sedangkan pasangannya tidak langsung mengendahkan dia? think2.. 




cinta itu sebahagian dari Fitrah; mengapa begini? Adam dicipta seorang diri tanpa teman bicara, kesunyian yg Baginda alami ketika itu, maka Allah telah mencipta Hawa sebagai peneman kepadanya..sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia si lelaki mencintai si perempuan dan si perempuan mencintai si lelaki.. (tapi dunia akhir zaman ni pelik, boleh pulak cinta kaum sejenis..Nauzubillah..)


cinta itu naluri; seperti orang2 berkata 'cinta itu di hati'. kita dapat merasakan bahawa apakah seseorang itu menyayangi kita ataupun tidak..Jika kita tak ingin disakiti, jangan kita menyakiti orang lain..jika kita ingin disayangi, berilah kasih sayang yg seluhurnya..jika ada rasa bimbang, kita dapat merasa..sama juga cinta naluri seorang ibu terhadap anak-anaknya..biasanya si ibu akan dapat merasakan apa yg dilakukan oleh anak2nya sama ada yg baik @ tidak baik..begitulah juga dengan pasangan yg bercinta..think again..


cinta sering terletak di puncak (TOP); bila kita ada rasa cinta, kita akan saling bekerjasama, saling kasih-mengasihi, sayang-menyayangi..yg dimaksudkan kerjasama di sini adalah saling berusaha untuk mencapai satu tahap di mana hubungan cinta ini perlu bersatu di akhirnya..sekuat Cinta Tuhan kepada hamba2Nya dengan memberi nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.. 


cinta itu Altruistic; altruistic?apa itu? hahaha..maksudnya cinta ini melebihkan orang lain dari diri sendiri.. macam maksud pengorbanan la..pengorbanan yg sering diperlukan dalam sesuatu hubungan cinta.. pengorbanan dari semua aspek..(bukan aspek yg melibatkan nafsu ok!) bila kita ingin melihat pasangan kita bahagia, kita akan lakukan apa sahaja demi kebahagiaan si dia..maka, usaha yg terbaik yg kita akan lakukan untuk mencapai matlamat kita..

p/s; Terasa bahagia pabila kita terlibat dalam cinta yg begini..cinta ini indah sebenarnya jika kita bijak mengendali rasa cinta kita..cinta tak perlu serik.. [tapi nak buat macam mana, aku memang serik bab2 cinta ni.. :( ] but hopefully i will give my love again to someone that truly love me eventhough he always think that i don't love him like he did.. :') 




No comments:

Post a Comment