The Owner

My photo
For Those Who Hate Me: I Was Born To Express Not To Impress!

Wednesday, August 10, 2011

cerita hati..

satu persatu telah kuhapus
cerita lalu di antara engkau dan aku
dua hati pernah berjaya
seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

ku tak ingin lagi
menunggu menanti
harapan tuk hidupkan cinta yg telah mati

ku tak ingin cuba
hanya tuk kecewa
lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara

aku ingin pergi dan berganti hati

satu persatu telah kuhapus
nada dan lagu yg dulu kucipta untukmu
rasa yg dulu pernah ada
kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

ku tak ingin lagi
menunggu menanti harapan
tuk hidupkan cinta yg telah mati

ku tak ingin cuba
kutelah kecewa
lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara

kini kusedari
diri ini ingin berganti hati

cinta yg telah pergi harus berganti hati..



p/s; A friend of mine always said that 'you will never forget but you will survive..no one can forget their first love..you can't forget a man that you have given so much of everything but you can always hope he will treaty other girls better & not ruin his life and yours..' (thanks afiq 4 ur advise, really appreciate it.)


Tuesday, August 9, 2011

~Cinta~

Cinta..apa itu cinta?suka?kawan?sahabat?boyfriend @ girlfriend? aku sendiri kurang pasti sedangkan aku juga pernah merasa apa itu cinta..

cinta perlukan komitmen; tak boleh sesuka hati nak buat itu ini, tak boleh main campak sesuka hati..perlu give & take..tak boleh nak marah2 sesuka suki, tak boleh menuduh itu ini, tak boleh terus-terusan mencaci memaki, tak boleh paksa-paksa (tak best la paksa2 tambah2 jenis aku yg sangat benci bila dipaksa)..cinta perlukan persefahaman, kepercayaan, keluhuran, ketulusan hati..cinta tak perlu bukti mengatakan si polan mencintai si polan..cukup sekadar dengan kasih sayang yang ditumpahkan kepada pasangan, kepercayaan yang diberikan melebihi 100%..tetapi bukan SEX yang dikatakan oleh sesetengah kumbang di dunia ini sebagai bukti si bunga mencintai kaum mereka..this is totally wrong!!! Keprihatinan sesama sendiri sangat diperlukan dalam hubungan cinta..cuba bayangkan apa yang terjadi sekiranya hanya seorang yang prihatin  terhadap pasangannya sedangkan pasangannya tidak langsung mengendahkan dia? think2.. 




cinta itu sebahagian dari Fitrah; mengapa begini? Adam dicipta seorang diri tanpa teman bicara, kesunyian yg Baginda alami ketika itu, maka Allah telah mencipta Hawa sebagai peneman kepadanya..sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia si lelaki mencintai si perempuan dan si perempuan mencintai si lelaki.. (tapi dunia akhir zaman ni pelik, boleh pulak cinta kaum sejenis..Nauzubillah..)


cinta itu naluri; seperti orang2 berkata 'cinta itu di hati'. kita dapat merasakan bahawa apakah seseorang itu menyayangi kita ataupun tidak..Jika kita tak ingin disakiti, jangan kita menyakiti orang lain..jika kita ingin disayangi, berilah kasih sayang yg seluhurnya..jika ada rasa bimbang, kita dapat merasa..sama juga cinta naluri seorang ibu terhadap anak-anaknya..biasanya si ibu akan dapat merasakan apa yg dilakukan oleh anak2nya sama ada yg baik @ tidak baik..begitulah juga dengan pasangan yg bercinta..think again..


cinta sering terletak di puncak (TOP); bila kita ada rasa cinta, kita akan saling bekerjasama, saling kasih-mengasihi, sayang-menyayangi..yg dimaksudkan kerjasama di sini adalah saling berusaha untuk mencapai satu tahap di mana hubungan cinta ini perlu bersatu di akhirnya..sekuat Cinta Tuhan kepada hamba2Nya dengan memberi nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.. 


cinta itu Altruistic; altruistic?apa itu? hahaha..maksudnya cinta ini melebihkan orang lain dari diri sendiri.. macam maksud pengorbanan la..pengorbanan yg sering diperlukan dalam sesuatu hubungan cinta.. pengorbanan dari semua aspek..(bukan aspek yg melibatkan nafsu ok!) bila kita ingin melihat pasangan kita bahagia, kita akan lakukan apa sahaja demi kebahagiaan si dia..maka, usaha yg terbaik yg kita akan lakukan untuk mencapai matlamat kita..

p/s; Terasa bahagia pabila kita terlibat dalam cinta yg begini..cinta ini indah sebenarnya jika kita bijak mengendali rasa cinta kita..cinta tak perlu serik.. [tapi nak buat macam mana, aku memang serik bab2 cinta ni.. :( ] but hopefully i will give my love again to someone that truly love me eventhough he always think that i don't love him like he did.. :') 




Thursday, July 28, 2011

The Best Day Ever....

     Hi bloggy! as i promised before, i want to share some about my jalan2 di Kundasang especially Desa Cattle Farm which is dalam bahasa yg senang, ladang lembu..haha..jalan2 ini bukanlah untuk menghabiskan duit semata-mata cuma ingin merehatkan kepala otak dan satu inisiatif untuk aku memformat memory otak aku yg dah terkena virus.. 

Mr. Mask

     individu di atas ialah seorang pemakai topeng yg bertanggungjawab membawa aku jalan2..hahahah.. the first place yg kami pi adalah ladang lembu tu..memandangkan aku terlalu excited nak pi & si topeng ini belum pernah menjejakkan kaki ke sana, so dengan perut kosong tak makan apa2 kami terus pi..sesampai ja di sana, makcik kaunter tiket cakap depa nak rehat, nanti la mai pukoi 3 petang leh la tengok depa perah susu lembu..waaa syok2!! sebab before this aku tak sempat tengok yg tu..oleh yg demikian, kami patah balik ke Pekan Kundasang & terus menyerang Nabalu Lodge Cafe demi memberi makan kepada perut..huahuahua.. sebelum itu, aku berposing sakan di kawasan ladang tu sebab tempat dia cantik ala2 New Zealand.. :p

Nampak macam panas tapi sejuk nak mampuih.. 

can u see the mount at the back there?? :)

fresh air.. :)

nice shot.. :)
angin sangat kuat sampai terselak baju i..HAHA..

Juz pay RM3 for one person to enter this farm..takmau cakap banyak2, nak share gambaq ja..HAHAHAHHAHAHAHA....

mak-mak lembu yg bakal diperah susunya..
tengok..lembu pun pandai beratur tunggu turn nak perah susu..
teruja ok tengok lembu2 berpelajaran macam ni... :)

nak ambik susu dia kena la bagi makan, kalau dak nanti kena terajang..hahaha

bukan perahan secara manual, zaman teknologi canggih ni guna mesin ja terus masuk botol.. :)

this is what i bought..fresh milk berharga RM2.70 sekotak..takmau susu putih takut tak lalu..HAHA..

dah nak balik baru snap picture depan ni.. :p
Last snap before to the next place.. :)

Next which means lastly kami pi Kundasang War Memorial Park..tengok dari luar macam takdak apa yg menarik sebab pintu nak masuk pun penuh pokok ala-ala hutan.. :p  nak masuk sini pun kena bayar ok..RM2 for each person..tapi tak rugi, hasil picture yg berbaloi & tempat yg sangat cantik dan bersih..hehehe... 

senyum tak perlu kata apa2..

lagi senyum..

Thanks Mr.Photographer..nice shot!! :)

Posing itu penting.. :)

Really love this place..santek bangettt.... :)

kunun2..

depan kolam Taj Mahal (kunun lagi)

model fotogenik..huahuahua..
Yeahh!! berjaya jugak aku mengupdate malam ni..walaupun mata besaq aku ni macam nak jadi sepet, aku paksa jugak celik luas-luas semata-mata nak update dalam ni..because today is the best day ever...the best day aku format ingatan aku..thanks a lot to Mr. Mask for accompany me.. :)


p/s; Always Remember You're Unique..Just Like Everyone Else..


Thursday, July 21, 2011

Training- Day 3

Last day training..but hari ni training on site, bertempat di SK Tinanom, Ranau..Perjalanan yg mengambil masa kira2 dua jam lebih dari Kundasang untuk sampai ke sekolah ni..agak semangat nak habiskan training hari ni memandangkan hari ni di mana semua sekolah yg terlibat dalam Projek Solar Hybrid akan diserahkan kepada pihak sekolah..humangg aihhh syoknyaaa..tak payah nak pening2 lagi pikiaq pasai site, kurang bebanan keja..yahooo...!!!  

       Tapi yg tak bestnya, aku macam terkena keracunan makanan hasil dari makanan kat hotel tu..yala, lalat penuh macam apa lagi dalam cafe dia..pagi2 bangun tidoq dah muntah, hadoi sakitnya laaa..at the end, aku tak berani nak breakfast..cuma minum hot tea & koko crunch itu pun tak boleh nak habiskan susu dia..huhu..dalam keta takyah cakap, aku tak berani nak cakap, nyanyi macam besa takut pening & muntah lagi..standby plastik kat tepi pintu..hahaha..dalam dok cover takut muntah tu, akhirnya sampai jugak aku ke destinasi..satu lagi masalah aku dok pikiaq ni..nak jalan pi kat sekolah, aku takut..sebab menatang ni;

jambatan gantung access ke sekolah..

haa menatang ni aku gayat..dah la tinggi dari aras sungai, panjang lagi pulak tuu..luckily time aku sampai ni takdak sapa lagi yg sampai, so kononnya takdak la orang nak mendajal aku dengan lompat2..tapi tak boleh elak jugak, Mr E & encik pemandu goyang2 time aku jalan..sungguh kurang asam cis! cis! 

       Time nak balik tetiba aku tersedih sebab pasni supervisor kontraktor yg selama ni jadi kawan aku dah nak balik semenanjung..yala, dah handover sekolah kan.. tambah2 depa dua orang ni yg selama mana aku di Lahad Datu, depa ni yg jaga aku.. :( ...dengan depa ni jugak la kami mengelat dari keja pi jalan2 kat semporna tapi time tu ada syikin lagi, Miss E aku dulu..maunya tak masuk kepala, umoq lebih kurang sebaya tapi aku la yg paling muda..haha..

Wan J, Alir, Bob

kami memang gila bergambaq.. :)

Ni lagi yg aku anggap macam abang2 tambah2 hat baju biru sebelah aku tu..dia jaga macam kita ni adik dia..huhu..

Wan J, Bob, Abg Helmi, Aku, Abe Iwan, Abe Din & Mr E..
    See..aku sorang pompuan, yg lain2 lelaki..nak buat macam mana dah environment keja aku dikelilingi kaum Adam macam depa ni.. (sapa suruh ambik engineering..kuakuakua) --selesai sesi bergambar, kami siap2 nak balik, kemas apa yg patut..tapi aku balik dulu dari depa2 ni.. 

Finally!! 
HAHAHA akhirnya aku berjaya mengontrol muka cuak aku semata2 nak berposing di tengah2 jambatan ni..ketaq lutut tuu..tq encik pemandu yg tolong snap picture2 ni.. :) 

     Arrived at Telupid around 6 o'clock..perut aku mula meragam, nasib baik tadi kat site tak meragam macam ni..huhu..nak tidoq nak tidoq nak tidoq..sakit pala yg amat akibat kekurangan tidoq + perubahan cuaca mendadak dari sejuk ke panas + angin yg terlalu banyak dalam badan.. Gudnite eberiwan..huarrgggghh...




Wednesday, July 20, 2011

Training- Day 2

     Yezzaaa...hari ni last training dalam bilik seminar..sangat tak suka sebab sejuk.letih tau dak nak mengelap hidung ni yg tak henti2 merembeskan cecair jernih ala2 gam..haha.. ok tadi pagi sangat malas nak bangun dari katil sebab sejak dua menjak ni kualiti tidur aku sangat3 laaa terjejas..terbangun banyak kali di tengah2 malam..itu perkara biasa..bila pagi, liat amat nak celik mata besaq ni..haih laaa... pagi ni aku breakfast bubur nasi+sosej ayam+ikan bilis & macam kemarin jugak koko crunch..hee.. masuk aja dalam bilik seminar, aduiii depa pi on ketiga2 aircond..nasib baik aku bawak jacket, boleh jugak cover2 tapi tu pun tak cukup..huhu.. 

     Lucky hari ni training habis awal..(bukan apa tu, encik trainer nak pi bejalan la tu..kihkihkih) sangat seronok sebab tak payah pikiaq nak sejuk pulak petang nanti..hahahaha..

peace no war!! :)

ok last picture sebelum keluar dari bilik macam freezer ni.. :) lepas lunch, turun kat pekan Kundasang jalan2 pusing bundle dengan encik pemandu..tapau dua helai baju..hehehe..now, i wanna go to restaurant for tea break..Choww.. :p

Tuesday, July 19, 2011

Training- Day 1

currently dah ada di Kundasang..sejuknyaaa mak aiii..ayaq hidung meleleh 24 hours..huhu..kalau kita di semenanjung, tempat ni macam Cameron Highland la lebih kurang..ada ladang teh, bunga yg banyak..pastu ada 1 tempat yg aku suka, ladang lembu..macam kat New Zealand..santek tempat dia..pic takdak nak tunjuk sebab hilang..tapi next time aku pi, aku update sini.. :)
        
       now baru habeh training..actually dah boleh balik bilik tapi di bilik line beruk ni sangat lah teruk..so, aku stay jap sini..plan satgi nak jalan2 kat bawah sorang2..maklum laa, bunga sekuntum..takdak geng..hahahaha..ha sudah2, nak naik atas rest..lemau di badan tak habeh lagi.. :)

single is better.. :)

Monday, July 18, 2011

sehari suntuk kerja..

Morning to u bloggy! pukoi 7 dah bangun..terawal pulak bangun hari ni..padahal semalam sampai dari site jam 12.30pm..wahhh bayangkan aku mengeras dalam kereta tak hengattt..balik opis pulak Mr.E dah tidoq..huahua kena tepon dia dah dok ketuk2 tak jaga..sori Mr.E.. :p terus tepon mak bagitau dah sampai (kalau dak, risau mak aji tu, hehe).. pastu terus on FB..on sahaja then terus p mandi..gatal 1 badan gara2 tak bertukar baju seharian (ce bayangkan kegatalan tu..) aku pi site di Pitas semalam, awal pagi lagi dah move..jauhnyaa melemau badan dalam keta.. 

aku dengan sign board sekolah (tapi ni picture minggu lepas..hehe)
Perjalanan nak ke sana mengambil masa 4 jam la dari telupid..tu pun sebab yang mengdrive semalam bawak laju tak hengat..tibai 140-160..memang la 4 jam..huhu.. actually aku taktau nak kata sekolah ni dalam hutan ka macam mana sebab nak sampai ke sini, kena lalu macam2 tempat..1st skali perkampungan orang, pastu kelapa sawit, ladang getah, hutan, bakau sikit pastu last skaliiii sampai sekolah tepi laut..ha tolong describe sat..hahaha..apa2 pun bagi aku, ni sekolah yg viewnya paling cantik antara semua sekolah pedalaman yg aku penah masuk.. :)

ni bakau yg dimaksudkan..

Pic hutan bakau ja aku snap sebab yg lain dah malas nak snap sebab selalu sangat tengok sawit, hutan..ha pokok getah ja aku tak snap..takdan, pengdrive semalam drive laju..hee..jalan yg aku lalu ni boleh putus kalau air naik..tengok kat pic tu, air laju kan?? 

haaa ni view kat sekolah tu..cantik kann.. :)


kalau aku ada DSLR boleh la ambik pic lawa2 sikit..hahaha taktau nak ambik dari view mana jadi aku cari yg ada pokok nyoq ja baru nampak macam kat laut..huahua..tapi cuaca dia takyah cakap la..panas mak aiii....hitam balik muka i yg baru nak putih balik nii..adeh laaa...


aku menyibuk nak cat jugak sebab bosan tahap kambing hilang anak..


lagi2 menyibuk sampai workers tu lari pi buat keja lain..hahaha


siap2 nak balik..tengok dah gelap.. :(

time senja ni santekk... :)

bersama mereka semalam..

lepas snap picture kenangan untuk depa ni, kami pun move balik..jauhhhhhh...pukoi 7 malam move, sampai telupid pukoi 12.30.. yg ni lama sebab pengdrive yg ni drive dengan kadar normal, lagian pula kereta sarat dengan barang jadi tak boleh nak speed laju.. :) keluar ja dari gravel aku terus tertidoq tapi tak lama laa.. pastu bangun melayan lagu.. :) sangat letih semalam ok..sehari suntuk bekerja..fuuhhh...ok sekarang nak packing barang2 semua, Mr E cakap nak move awai pi Kundasang sebab dia nak singgah Ranau beli seluaq untuk course esok..aku ada course selama 3 hari..huhu travel lagi..letih tapi seronok walaupun sehari suntuk bekerja.. :)