The Owner

My photo
For Those Who Hate Me: I Was Born To Express Not To Impress!

Tuesday, June 12, 2012

kawan baik

Kawan baik? kawan rapat? best friend forever bak kata budak-budak zaman la ni. Ada banyak kategori  kawan baik sebenarnya & ada macam2 pe'el (perangai). Kawan baik ni tak kira lah lelaki @ perempuan. Ada individu perempuan tapi kawan baiknya lelaki. Ada jugak yg lebih suka berkawan baik dengan sesama jenis iaitu perempuan. 

Macam ai, ai ada kedua-duanya sekali. Ai ada kawan baik perempuan & lelaki. Kawan baik perempuan ai, ai kenal masa sekolah menengah di Kedah dulu. Nama dia Asfarina. Ai lebih suka panggil as walaupun dia lagi popular dengan panggilan Farina di kalangan family dia.. :) Ai dengan dia dah berkawan lama. Dari umur 13 tahun (Form 1) sampai lah sekarang dah berumur 25 tahun.


  
nin dia..yg bertudung itu lah Asfarina..haha






Yg sebelah dia tu lah hasben dia. Ai panggil Izu ja. Dia inilah pesaing ai..hahaha.. Ni dia masa dia kawen hari tu. Walaupun hasben dia tak sama umur dengan kami, tapi dia punya gila-gila boleh tahan. Kadang2 tengok macam budak2 pun ada. Sangat tak matang punya perangai. Tapi, seriously ai sangat suka tengok gelagat budak berdua ni. Tak macam laki bini. Macam kawan2 ja. Okay, actually ai dengan as pernah terrr'lost' contact selama lebih kurang 2 tahun lebih (kalau tak salah la). Sebabnya, masa ai tamat form 3, ai berpindah ke KL dan bersekolah di sana. Time tu manalah ada henfon bagai ni sebab ai tak pandai lagi..cuma dok berutus surat ja la. Tu pun buleh kira dengan jari kot. Lepas SPM, rezeki dia dapat masuk UIA. Mula2 dia masuk matriks pastu masuk main camp kat Gombak. Haaaa time ni lah kami bercontact2 balik. bertukar no tefon bagai. Sammmmmpailahhh sekarang.. (^_^)

Banyak benda yg ai share dengan as ni. Dari hal fizikal mental, sampai lah soal hati & perasaan. Dia juga lah orang pertama yg ai bagitau pasal first boyfie ai & dia jugak lah orang yg first ai bagitau ai dah clash dengan boyfie tu. Dia marah tapi dia agak cool. Tak tunjuk. Satu ja dia kata, ''biaq p lah kat dia yam, toksah dok pujuk dah''.  Dia faham ai. Tak pernah nak desak ai cerita itu ini kat dia kalau ai ada masalah sebab dia tau lambat laun ai akan cerita jugak dengan dia cuma cepat @ lambat ja. Itu yg ai suka & sayang dengan dia. Dia ni yg ai kenal, sangat lah susah nak menangis depan orang. Hati kental gila kott..tak macam ai ni cengeng nak mampus..HAHAHA..

Tapi la ni dia dah jadi Puan As. Segan le pulokk nak cerita lebih2 walaupun ai tau dia memang tak kesah. Harapan & doa ai, semoga dia berbahagia dengan encik izu. Cepat2 le timang baby. Ai nak tambah anak menakan lagi..hahaha.. 

ini kami hujung tahun 2010.

Itu kawan baik perempuan, kalau kawan baik lelaki, ai ada sorang kawan masa ai study kat poly. Satu kelas, kadang2 satu group assignment, kadang2 satu group presentation dan masa final sem, kami satu group dalam final project & masa kerja pun, kami bekerja di tempat yg sama iaitu di kilang Hitachi Electronic cuma berlainan department. Rapat. Sangat Rapat. Tapi tak pernah sedetik, setitik, secubit, sebesar zarah pun ai suka kat dia, maksud ai tersuka @ terjatuh hati la. Seriously tak pernah! Memang hensem & ada ciri2 lelaki yg ai suka tapi siiiiikittttt pun tak pernah terlintas yg ai nak berkapel dengan dia. Sebab, dulu ai ada boyfriend dan dia tau tu, Ai jugak tau yg dia ada perempuan yg dia suka. Tapi time tu dia tak kapel lagi dengan perempuan tu. Picture dia, ai takleh letak dalam ni. Bahaya. Nanti mem dia marah pulak..huhuhu.. Tapi sekarang ni, ai dah jarang berhubung dengan dia. Masa ai clash dulu pun, dia orang last yg tau.. :)

Berbeza tau kawan baik perempuan dengan lelaki ni. Bagi ai la..bezanya macam ni:


Kawan baik gegurl

1) Boleh share semua. Baik dari segi hal luaran mahupun dalaman.
2) Boleh tidoq satu bantai satu tilam satu selimut sebab tak haram..mandi pun buleh sama2...hahaha
3) Boleh menanges & gelak sama2.
4) Yang paling best, kita boleh berkawan baik dengan hasben dia. (tapi tak semua lah yg macam ni)


Kawan baik boboy

1) Boleh share masalah tapi tak semua. Memang lah ai ni seorang yg open minded tapi taklah open semua.
2) Tak bolehhh tidoq satu bantai satu tilam satu selimut..HARAMM!!!
3) Boleh menanges tapi malu. Paling2 pun dia akan cakap, dah la jangan lah nanges. Pastu kena gelak. Macam shelake kan? :p

4) Yg ni tak best..kita tak boleh berkawan dengan 'mem' dia. Jeles. Kayu lah kalau jeles dengan ai ni. Satu lagi, ai memang tau lah dia sayang kat yu, so jangan lah risau ai hambek dia. Kawan baik ja lah. Tolong lah faham. Ai berkawan dengan dia, so ai nak jugak berkawan dengan yu. Tapi yu tak pernah approve. Okay fine. Hampa nak kawen dah pun kan..btw, tahniah!! :)

Ini semua pendapat ai lah. Jangan lah ambik bulat2 apa yg ai cakap sebab lain orang lain perangai lain pemikiran lain pendapat..satu lagi, ai bukan jenis gedik okay. Kau kawan aku, aku kawan kau. Kau percaya aku, aku percaya kau. Itu prinsip ai berkawan. Okaylah cukup merepek mereben meraban dalam ni. Ai nak packing bag nak out station esok.

p/s- As kawan baik yam sampai bila2. Bak kata as sendiri, kawan baik sampai mati.. :)






No comments:

Post a Comment