The Owner

My photo
For Those Who Hate Me: I Was Born To Express Not To Impress!

Friday, June 8, 2012

Penyamun Kenduri

Assalamualaikum..

Baru2 ni ai balik semenanjung untuk bercuti. Tujuan balik ke sana adalah untuk menghadiri Majlis Perkahwinan kawan baik ai iaitu Asfarina di kedah dan selaku pengapit pengantin, memang wajib lah kan ai balik..huhu.. happy tu takyah cakap lah..tapi perasaan happy tu bertukar selepas berlakunya satu insiden yg sememangnya tak boleh nak happy langsung.. HANDBAG KENA CURI!!!

Handbag ai tu bukannya tercicir ka, tersalah letak ka, terletak merata2 ka..tapi ia diletakkan di bawah katil di dalam bilik pengantin. Ohmai...yg tak boleh blah, wang hantaran pengantin jugak lesap sekali dengan handbag ai..sungguh celaka manusia yg mencuri tu. Lagi celakanya, yg mencuri tu adalah kawan kami sendiri setelah dikenalpasti..haih laaaa...tak aman lah hidup hang lepas ni wahai pencuri..ceritanya macam ni;

Sebagai pengapit pengantin, for sure lah ai berkepit dengan pengantin saja. Apa sahaja barang pengantin, ai yg pegang which are handphone & wallet. Selesai ai menolong pengantin bersiap, kawan2 satu sekolah pun sampai. Bagi hadiah, bergambar2, bergedik-gedikan sebagainya. Tiba2, 'cepat keluar pengantin & pengapit, pengantin lelaki dah sampai!' dengan kelam kabutnya, kami berdua terhegeh2 berlari keluar. Masa tu, handbag tersebut masih di tangan ai. Oleh sebab menggelabah (pengantin lelaki dah sampai), ai bawak jugak handbag tu. Sampai di pintu rumah ai terfikir ''takkan ler nak usung beg ni jugak, dah ler jadi pengapit''.. lepas tu ai tanya As..'As, handbag ni nak letak mana ha?' As menjawab, 'Yam letak ja bawah katil As, ok jugak tu'.. Dengan tak berfikir panjang, ai berlari2 anak masuk bilik dan letak bawah katil. Seriously tak expect pulak orang yg tengah duduk depan bilik tu tengok. Lepas letak, ai pun keluar mendapatkan pengantin. Lari2 la jugak sebab As ni jenih jalan laju..pengapit yg ditinggalkan di belakang..hahaha.. okay, lepas menyambut kedatangan pengantin lelaki, kami terus ke meja santap pengantin untuk makan. Yg membawa dulang2 hantaran pula,  terus masuk ke dalam bilik. tapi tak lama la, masuk letak ja dan terus keluar untuk makan.

Lepas makan, makcik2 As panggil ai & tanya kot2 ai ternampak wang hantaran dalam dulang. Ai cakap la tak perasan langsung & ai memang tak tengok lagi hantaran2 tu. Depa bagitau, yam oi..duit tu hilang..Astaghfirullahal'azim..ai diam ja tak bagitau As. Time tu tak terfikir pula keadaan handbag ai. Yala, dok bawah katil kot. Takkan orang sanggup dok godek bawah katil kan. Lepas tu, ai pun pi lah menyembang dengan kawan2. Hari pun dah nak petang, ai nak mintak diri beransur sebab ai nak balik ke Sg.Petani. Dengan rasa yakinnya, ai meraba2 di bawah katil. Bawah katil terasa kosong, yg ai rasa cuma ada karpet & paper bag. Tak puas hati, selak cadar. Ya Rabbi....memang tak ada. Ya Allah..rasa lemah seluruh badan, macam nak pengsan. Air mata jatuh, dok memikir macam mana aku nak balik kl, nak balik sabah. Dengan tak ada ic & kad2 bank. Istighfar. Jiran2 yg baik hati bawak pi menengok sapa yg ambik. Makcik tu cakap, percent untuk dapatkan balik semua tu adalah sangat tipis. Kalau tak dapat balik, buat report, yg buat keja ni ada 4 orang..3 perempuan & 1 lelaki tunggu dalam kereta. Balik rumah pengantin, terus pi balai polis buat report. Punya lah panik sampai tak ingat semua benda dalam handbag tu.

Barang2 yg ada dalam handbag tu: 

1) Wallet ai
2) Wallet As (pengantin)
3) Handphone ai (Samsung Galaxy W)
4) Digital Camera (Sony Cybershot)- company punya
5) Wang tunai As & ai (RM700)

Dokumen2 penting:

1) Credit card
2) Atm card (Affinbank,Maybank,CIMB,RHB,Publicbank,BankIslam)
3) CIDB card (macam mana la nak masuk site tak ada natang ni)
4) Resit deposit cincin

Ai buat keputusan untuk stay ja di rumah As malam tu sebab makcik dia nak bawak pi menengok lagi kat tempat lain. (Bukan untuk percaya yg benda ni khurafat ka apa, cuma kita berikhtiar). Lepas maghrib, ai, As & Izu (hasben As) makan. Time tengah makan, kami dapat info mengatakan individu yg mencuri tu memakai baju kurung berwarna merah dan bertudung hitam. Dengan tak semena-menanya, As bersuara perlahan; 'takkan kawan kita kot yam?'. That time ai tak dapat tangkap lagi siapa 'kawan' yg dimaksudkan. Lepas makan, kami bertiga terus keluar untuk ke rumah tu dengan makcik As. Dalam kereta, masing2 berharap mudah-mudahan bukanlah kawan kami. Sesampai di sana, kami terpaksa menunggu sebab ada pengunjung lain yg mempunyai masalah yg sama, hilang barang. Sampai time kami, pakcik yg menggelar dirinya sebagai Pak Lang tanya apa yg hilang dan milik siapa yg hilang. Ai dan As duduk berhadapan pak lang. Pak lang tu duduk di atas tikar sembahyang (sejadah) dan di depannya ada sebiji gelas berisi air beralaskan piring berwarna putih susu. Lepas paklang membaca ayat2 al-Quran, tiba2 paklang tu cakap, kawan hampa jugak ni cek aii..(loghat kedah).. Mai tengok dalam gelas ni nampak dak, kenai dak muka ni..Ai & As tengok, mula2 ai nampak rambut saja. Oleh sebab tak jelas, paklang tu pusing2 gelas tu sampai jelas gambaran tu. At first, As masih tak percaya, dia mengagak yg bayangan hitam dalam gelas tu adalah tudung dia memandangkan dia pakai tudung hitam malam tu. Tapi lepas paklang tu pusing2 gelas, & bayangan tu still tak bergerak, barulah As percaya dan dengan tiba2, air mata dia menitik. Jelas, nyata dan terang. Memang muka kawan yg dimaksudkan. Seriously ai tak tipu, memang nampak muka dalam gelas tu. Bayangan dia macam negatif filem kodak yg lama tu. Berwarna kelabu. Paklang tu cakap lagi, 'insyaAllah kalau masih rezeki hampa, dia akan pulangkan barang2 ni balik tapi kalau tak ada rezeki, memang tak ada lah. Cara dia nak pulangkan barang tu mungkin dia akan letak di tempat yg berhampiran dengan rumah'.

Lepas tu, baru terfikir balik, memang 'kawan' terbabit berjumpa kami. Bersalam-salaman dan bagi hadiah untuk pengantin. Berbaju merah bertudung hitam. Dia memang tak bawak handbag. Lepas bagi hadiah, beliau terus duduk bersimpuh di depan bilik pengantin bersama- sama ibu dan makciknya. Tak mau bila diajak bergambar. Tak makan nasi kenduri..laaaaaaagiiii tak sangka, dia tak berjumpa dengan kami sebelum dia balik. Kat situ pun dah boleh nampak sangat kannnn...padahal kawan rapat kot!! bak kata As, ''dulu hang susah time sekolah tak ada duit makan, aku yg belanja hang makan''..celaka macam wadefak kan? wadefak pun tak secelaka dia ni... haih laaaaa....

Tak tau nak gambarkan perasaan time tu macam mana. Geram macam nak sepak terajang, tumbuk sampai berterabur gigi, maki hamun, penampaq sampai kurus, sekeh kepala, rodok hidung sampai berdarah dan juga sebagainya. Tapi tak boleh, dok bersabar saja sambil istighfar. Dalam hati, sangat3 berharap mudah-mudahan dia hantar balik barang2 tu.

Harapan tinggal harapan. Sekarang ni ai telahpun berada di Kota Kinabalu, Sabah. Sehingga sekarang, masih belum ada berita mengenai barang2 tersebut & sampai sekarang jugak lah ai masih tak dapat lupakan hal ni, masih tak dapat lupakan handphone ai & semua barang2 yg hilang. Fobia. Ya, fobia kot..takmau guna handbag, wallet, handphone mahal2. Sakit hati. Oleh sebab susah hati, ai tak ada selera makan, badan susut. Padahal baru 4 hari hilang..huhu..

Selagi 'kawan' tu tak datang mintak maaf dengan kami, mengaku salah dengan kami, kami berdua takkan halalkan dunia akhirat. Kalau ada pun dia datang mintak maaf dan barang2 tu dah tak ada, kami akan mintak dia ganti semula semua barang2 tu. Memang takkan halal la, ingat senang ke ai nak berurusan di JPN, di semua bank yg disebut di atas. Susah la kawan. Seriously ai & As TAKKAN HALALKAN!!!

Moral of the story:

- JANGAN sesekali percaya bahawa kawan itu boleh diharap. Bak kata pepatah melayu, ''Harapkan pagar, pagar tak boleh diharap''.

- JANGAN letak/ simpan barang berharga di dalam bilik pengantin.

- JANGAN lalai.

- JANGAN kelam kabut.


nota kaki//: memang tak aman lah hidup engkau lepas ni wahai 'kawan'!!!!!











No comments:

Post a Comment